Pages

Monday 23 December 2019

Review Merdeka Beach Resort, Pantai Merdeka

Hari ke-2 kami check in di Hotel Merdeka Beach Resort. Hotel ni terletak betul-betul di Pantai Merdeka tempat tumpuan ramai orang. Konsep hotel kat sini seperti Chalet-chalet kecil dan lokasinya lebih dekat dengan tempat tumpuan ramai. Ada banyak jenis chalet boleh pilih ikut kesesuaian bajet. Oleh kerana kami datang time cuti sekolah rate yang dikira adalah "peak hour" dan lebih mahal. Jadi kami ambil yang paling murah...nak save bajet.


Bilik Kami..ambil yang hampir dengan pool



Kat sini banyak aktiviti boleh buat kami check in letak barang-barang dalam bilik. Kemudian anak-anak macam biasa excited cari pool. Walaupun kat rumah pun ada pool tapi anak-anak macam biasa tak pernah jemu berenang-renang.


Lepas check in terus terjun pool

Chalet yang kami pilih berhampiran pool jadi biarkan anak-anak mandi..mama,papa dan baby Lala rehat je dalam bilik. Bilik yang kami pilih jenis MELATI ada 2 katil Single. Untuk kami dan anak-anak 6 orang yang kecik-kecik ni muatlah sebab setiap kali kami travel kami akan bawak extra "toto" & bantal kecik jadi tak ada masalah tak cukup tilam dan bantal. 

Lewat petang kami keluar berjalan-jalan tepi pantai. Air masa tu dah surut, jadi kami turun ke pantai. Petang kat sini banyak aktiviti, ada macam-macam jenis permainan yang disewakan tapi aku tak bagi pun anak-anak main walaupun diaorang melalak nak main sebabnya takut terlanggar orang.
Keluar ambik angin petang..


Air surut boleh turun jalan-jalan cari siput
\
Banyak aktiviti petang kat sini..antaranya boleh bermain layang-layang


Selain tu boleh juga naik bot tambang ke Tanjung Dawai. Yang ni tak sempat nak pegi sebab anak-anak tak nak naik takut katanya. Tanjung Dawai ni tempat orang-orang membeli ikan kering. Aku tak pernah sampai next time Insyaallah kita pegi.

Tempat untuk naik bot ke Tanjung Dawai


Menunggu untuk naik bot ke Tanjung Dawai

Harga tambang bot

Petang tu kami habiskan aktiviti tepi pantai, makan laksa dan rojak.Jalan-jalan tepi laut.Kat sini sesuai untuk tenangkan minda. Dah penat kerja jadi ini masa nak rehat walaupun tak berapa nak rehat sangat sebab aku pegi time aku pergi week days jadi hp akan sentiasa ada wasap masuk.Mujur anak-anak tak kisah.

Dari Merdeka Beach Resort boleh berjalan sepanjang Pantai 


Banyak gerai kat sini..memang syok pekena Laksa tepi laut

Ada banyak gerai laksa kat sini..memang syok makan tepi laut

Malam tak susah nak cari makan kat sini. Ada food court yang jual pelbagai jenis masakan antara yang femes Mee Udang, Nasi Goreng Udang, ABC ( yang tggi menggunung) dan lain-lain. Tapi AWAS ! masakan berkaitan udang tak murah. Jika anda menjaga bajet dan datang dengan family yang ramai berhati-hati masa order ye...

Aktiviti  malam kat sini boleh la berjalan-jalan ambil angin laut. Waktu malam kat sini tak sunyi sebab ada kaki pancing yang memancing kat sini. Jadi tak sunyi dan boleh jalan-jalan. Bagi yang mencari ketenangan kat sini sangatlah sesuai. Relax dan jauh dari kesibukan.

Tips:- 
- Pastikan anda bawa cukup cash ke sini sebab kat sini agak jauh dari mesin ATM. 
- Hotel terima bayaran melalui Debit & Credit Card
- Tiada banyak aktiviti waktu malam melainkan memancig dan berjalan di tepi pantai. Waktu malam agak meriah dengan kaki pancing.
- Mudah untuk mencari makan sebab food court buka sampai malam

Thursday 19 December 2019

Review Short Vacay- Chalet Bayu Samudera, Pantai Merdeka

Pagi ni kami bergerak awal dari Sungkai..dekat sikit kalau dari Sb Buloh perjalanan akan ambil masa extra 1 jam..dah alang-alang balik kampung kami terus pegi bercuti ke Penang..Keperluan sekolah pun dah selesai..jadi kami plan bercuti awal pada 11/12/2019 . Percutian kali ni 3 hari 2 malam di Chalet Pantai Merdeka & Merdeka Beach Resort.


Kami memilih percutian kami ke utara tanah air..pada awalnya banyak juga negeri lain dalam senarai..tapi kami memilih untuk ke utara tanah air..sebabnya dekat dan makanannya yang sedap..suami aku org Penang..jadi lebih suka ke utara sebab banyak makanan yang dia boleh makan nanti..

Perjalanan kami bermula seawal 9.30 pagi dari Sungkai..mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan untuk ke Pantai Merdeka yang terletak di Kuala Muda, Kedah. Tapi kami sampai lewat juga sebab banyak tempat singgah..


Dari Sungkai - Pantai Merdeka


Dah bawak tentera ramai..banyaklah tempat nak singgah nak beli air la, nak pegi toilet lah..dan juga encik suami jumpa kawan dia kat Kulim..hati dah tak sabar..lepas dari Kulim kami terus ke Kuala Muda..sampai dalam 2.30petang..kami terus ambil kunci dan masuk ke Chalet.


Untuk booking kat sini kena call tuan punya chalet dan tanya kekosongan bilik dulu.Kalau musim cuti sekolah dan hujung minggu biasanya penuh. Jadi disarankan untuk call dan booking awal. Kat sini ada 4 Chalet menghadap laut dan 6 lagi menghadap kolam memancing.



Permandangan Chalet mengadap laut


Suasana kat sini best perkampungan nelayan..depan chalet ni betul-betul laut dan ada bot parking..mmg best la untuk aku yang memang tak biasa duduk kampung nelayan..

Lepas ambik kunci..kami terus masuk bilik..bilik yang kami booking betul-betul sebelah pool dan berdepan dengan laut..masa kami sampai tak ada sesiapa yang chek in lagi..jadi kami 1 family je yang ada..mungkin sebab weekdays tak ramai yang bercuti jadi chalet tak sesak sangat.


Chalet kami ada 2 katil..abaikan yang dah sepah tu..anak-anak dah lompat


Chalet ni ada 2 katil, ada kelengkapan asas..bilik besar dan selesa.Sesuai untuk aku yang bawak tentera ramai ni.Kalau ahli keluarga ramai pastikan bawak extra comforter sebab boleh tidor kat bawah.

Lepas dah tengok bilik..kami decided nak pegi makan..sebab masa perjalanan tadi memang tak makan berat memang nak makan kat sini..rugi la kan..sebab makanan kat utara ni sedap-sedap.

Kami ke Pantai Merdeka..kat sini ada food court dan ada khemah yang menjual pelbagai barangan dan makanan, ada baju dan sebagainya..so..kalau tak cukup baju boleh la beli kat sini.


Makan kat Food Court Pantai Merdeka

 Sampai je jalan-jalan pantai dulu


Kami sekeluarga memang suka laut. Tempat bercuti feveret kami mestilah berhampiran laut !

Kami balik ke chalet semula..tgk dah ada yg check in..ada 1 family je sebelah kami. Sampai je anak-anak tukar baju nak berenang dalam pool..boleh la mini pool..kat sini juga ada kolam memancing.Tapi memancing for fun je..tak serius sangat sebab ikan tak banyak masuk dalam kolam..tapi ada la ikan..tak sebanyak macam kolam memancing berbayar biasa..hanya untuk suka-suka sahaja.



Gambar dari FB Bayu Samudera Chalet - lebih clear keseluruhan kawasan

Mini Pool untuk anak-anak..
Pemandangan di sekitar Chalet



Ikan siakap kalau dapat timbang RM15/kilo. Kat sini juga disediakan kemudahan BBQ..memang best la kalau buat aktiviti BBQ kat sini lagi-lagi tepi laut.


Malam kat sini sangat best..jangan risau nyamuk tak ada dalam bilik..nyamuk ada kat luar je..malam kami lepak kat luar chalet sambil tengok bot-bot nelayan keluar masuk..aku pun tak sure ye ke keluar masuk ni..nampak bot lalu lalang depan chalet ni..


View waktu malam depan Chalet..tenang
Best bagi yang nak jauh dari kesibukan bandar..kat sini memang sunyi sepi yang dengar bunyi enjin bot dan laut..dan masa aku kat sini line Digi kadang-kadang ada kadang-kadang tak ada sangat perfect lah..sebab aku tak dapat main hp..fokus cuti saje okay..

Breakfast pagi-pagi depan laut..
Pagi-pagi aku dan encik suami keluar beli breakfast.Tak susah nak cari keluar sikit je dah ada orang jual breakfast tepi jalan.Kami tapaw dan bawak balik makan kat chalet.Kat sini femes dengan Nasi Lemak Kuning.Sedapppp..

Tengahari kami bersiap-siap untuk check out. Next kami akan Check in kat Merdeka Beach Resort untuk rasa suasana kat sana pulak.

Sesiapa yang nak ke sini datanglah sangat best..sesuai bagi yang nak tenangkan fikiran kerana lokasi Pantai ni di kawasan kampung, jauh dari Bandar. Malam kat sini tiada aktiviti..jadi sesiapa yang memang suka ketenangan sini memang terbaik.

Bersambung next post pula..malam ke-2 di Merdeka Beach Resort.

Harga semalam : Untuk Chalet 2 Katil Queen RM160/Semalam ( Harga Bilik yang lain boleh hubungi pemilik chalet)
Hubungi : 019-4254981
FB Page : Bayu Samudera Chalet Pantai Merdeka

Tips:-
- Lokasi agak jauh dari ATM pastikan anda bawa cash yang cukup
- Chalet ini sesuai bagi yang nak berehat dan jauh dari kesibukan. Kat sini memang sesuai sebab memang sunyi hanya dengar enjin bot nelayan sekali sekala
- Kedai makan yang terdekat terletak di Pantai Merdeka tak jauh dari Chalet ini.
- Jika anda ada plan nak buat BBQ kat sini boleh bagitau tuan chalet awal kerana di amenyediakan pakej perapan dan masak untuk BBQ.

Thursday 28 September 2017

IMKK OKTOBER 2017 AKHIRNYA BERJAYA DAFTAR...!!


Alhamdulillah..

setelah bertahun bercita-cita nak ke IMKK akhirnya tuhan dah makbulkan doa utk daftar ke imkk..

Harapnya..

semua berjalan lancar sehingga dapat jejakkan kaki ke dewan imkk kat idcc nanti..

Bertahun menunggu nak ke sana..masalah kewangan tak ckup..

Ni salah 1 impian 2017..

nak mencari ilmu..nak belajar...
lepas join Like Method August,2017 ..belajar FBads..kita belajar ilmu bisnes pulak kat imkk..

Tahun 2018 ...

nak bersara dari kerja buat loan orang..nak mulakan bisnes coklat..nak bantu ramai orang lagi tambah income..nak bantu ramai lagi penggemar coklat menikmati coklat HALAL..

moga Allah permudahkan..amin..

Sambung next episode..nak buat kerja dulu..
Nak pikir apa list BENGANG..
nak bawak pegi imkk😎💪




Monday 4 September 2017

First time Excident Langgar orang..!!

Biasanya kena langgar..tu normal..tapi kali ni nasib tak baik langgar orang pulak!!! Omg!!

Kejadian tu berlaku kat Traffic light Sungkai..masa otw nak beli ubat darah tinggi mak..traffic light pulak lip lap lip lap warna kuning..x hdup..so..kat situ pulak simpang 4..masa nak jalan straight ada 1 hilux lintas jalan..so..ingtkan dah takde kenderaan..kami pun jalan..rupanya..kat belakang hilux tu ada motor!!!... Dengan x sengajar terlanggar moto tu..apa lagi tercampaklah pakcik tua tu jatuh motor...

At first..aku geram sgt..turun kete marah terus org tua tu..spontan..sbb terkejut..lps beberapa minit..baru aku okay..cakap elok2 dengan pakcik tua tu..sebenarnya rasa bersalah jugak sbb terus marah org tua tu..tapi tindakan tu x sengaja sbb kita terkejut...

En suami angkat pakcik tu dan motornya ke tepi..kemudian alihkan kete ke tepi jalan..masa eksiden ni mmg ramai org kerumun..penyiasat pun ada sibuk tanya sape salah..

Pada pengalaman aku..kalau jadi hal macam ni..kita tgk dulu org ygkena langgar tu..kalau dia perlukan rawatan kalau x kritikal kita bawak pegi dapatkan rawatan segera..kalau dia kritikal..call ambulance..

Lepas tu call waris dia..dan pegi buat police report..dalam kes aku ni..kami setuju x buat polis report..dan selesai cara baik...aku tak claim apa pun ganti rugi..dan pakcik tua tu pun x mintak apa-apa..

Bersyukur sangat pakcik tua tu selamat..duit boleh cari..nyawa mmg x ada ganti..utk pertama kalinya cps ku eksiden..apa nak buat..bumper tu mmg mintak tukar baru lps gesel lori hari tu..

Keadaan Waja lepas terlanggar orang

Sepetang di taman tasik biru

Macam biasa setiap ptg..hari cuti kat sini bawak anak jln-jln main..hilangkan tension..kt rumah takde kawan so..kat sinilah tempat diaorang melompat..








Saturday 12 August 2017

Cara beriklan di Facebook gunakan profile FB zero kos

Malam ni nak share dengan sesiapa yang tak tahu nak guna personal profile fb untuk beriklan..sebenarnya tak bagus gunakan personal profile untuk beriklan..tapi untuk beginner yang belum ada modal boleh cuba cara ni.

1- Create Fb guna nama betul atau nama panggilan
- Bila create acc fb harapnya anda tak guna nama insan sepi,si bulan, si comel,si bunga atau nama-nama pelik yang tak profesional.Nanti org ingt korang tak serius berniaga..diaorg pun tak kenal siapa la pemilik akaun fb tu.

2-Penuhkan FB dengan 5000 orang friend
- Make sure friend yang korang add tu targeted utk niche produk korang.Cth:-Jual make up..jangan add lelaki kalau boleh ramaikan kawan perempuan.

-Pastikan juga korang tahu mereka dari mana..berkerjaya atau tak..jangan main add je..sampai org luar pun korang add..konon nak sampai international..sabar dulu...penuhkan fb dengan org tempatan dan make sure korang tahu di mana merek tinggal...

-Tips nak add friend sehari target 20 - 50 orang sahaja..kalau ramai sangat takut nanti kena block..konsisten buat macam tu setiap hari lama-lama ramailah friendkan


3-Bila dah penuh jangan terus menjual (hard sell)-buat "personal branding" dulu
- Kalau nak promote dalam fb personal jangan selalu hard sell atau erti kata lain update status nak menjual je..nanti semua orang menyampah.

-Dalam fb org nak bersosial..nama pun sosial media..org nak berkawan-kawan..ala..macam kita lepak kat taman..tujuan dtg nak beriadah tiba2 datang salesman buat sale..tak sukalah kan..meluat menyampah semua ada..

-Utk permulaan..bina "personal branding"..apa tu ye
...ha..personal branding ni macam nak bg org kenal korang la..korang ni dari mana..dah kawin ke belum..kerja apa..asal mana..kat wall tu updatelah pasal kehidupan korang sikit..

- Cth macam pegi taman tadi..ada jumpa dengan org kan..tiba2 org tegur ajak sembang..kita pun boraklah..mesti kita tnya..duduk mana..anak berapa..benda command kita borak..macam tu lah..kita kena bagi org kenal dulu siapa kita..lepas tu bila status kita lalu kat wall diaorg..barulah diaorg kenal..

4-Bila orang dah kenal barulah selesaikan masalah diaorg..
- Sekali sekala kita update masalah berkaitan produk yang kita jual..cth:-Jual ubat jerawat..buatlah status pasal jerawat kemudian bagi solution.

- Selalulah update info-info yg bersesuaian dengan produk yang korang jual tu.Biar orang kenal anda sebagai pakar utk selesaikan masalah tersebut.Bukan semata-mata nak jual je.Nak menjual kena ada ilmu..selalulah buat research cari info berkaitan produk yang anda jual.

5-Update Fb sekurang-kurang 6x sehari
Yang ni memang penat sampai tak ada idea..korang kena rajin sebab tak keluar kos usaha kena lebih sikit sebab nak bagi orang nampak kita wujud waktu yang sesuai nak update (masa ni saya selalu update kat fb jugak)
1) 6-9 pagi
2) 1ptg-3ptg
3) 9mlm-12 pagi

6- Update testimoni dari yg dah berjaya
-Dapatkan testimoni kalau boleh yg korang punya cust ye..jangan tipu guna org lain punya..sebabnya..customer rasa tak real..semua nak copy paste aje..jadi diaorg nak beli pun x yakin yelah zaman canggih mungkin jugak gambar edit..testimonial ni bnyk jugak bantu saya utk dapatkan sales..

Sedikit tips nak bagi Status FB korang meriah dapat banyak like dan komen

Utk dapatkan bnyk like dan komen anda kena komen dan like status friendlist korang jugak.Jangan harapkan like dari org je..kita pun sama kena aktif like dan komen org punya status.

Sebabnya..

Kalau korang malas nak buat tu..sebenarnya org lain tak akan nampak status korang lalu kat wall diaorg..ok..bayangkan kalau mereka ada 5000 friend jugak..diaorg takkan nampak semua status..hanya yg aktif like dan komen sahaja akan selalu nampak kat wall..koramg tak caya?? Korang try buat..antara cara nak naikkan "engagement"

UPDATE STATUS SELAMAT PAGI Paling mudahh nak kekalkan engagement adalah waktu pagi..update status Selamat pagi..dan lepas tu anda pun like dan komen status org jugak utk naikkan engagement..




Contoh status Selamat pagi

Kalau boleh update setiap hari sampai engagement korang makin meningkat ye..

Risiko menggunakan personal fb..
- Berkemungkinan fb korang kena block (standbykan beberapa akaun fb sebagai back up bila kena block)
- Iklan x dilihat ramai org..kena rajin post ke group-group (akan explain dalam next post)

Sambung lagi next post




Rutin Weekend

Aktiviti setiap hujung minggu memang akan bawak anak keluar ke taman jalan-jalan,jumpa kawan diaorang..yelah rumah sekarang memang tak ada kawan..masuk je rumah tutup pintu memang tak nampak orang..lagi pun budak-budak kat sini memang tak merayau..kat swimming pool pun tak ada budak melepak..

Nak bagi anak-anak berkawan bagi diaorg happy enjoy selepas 5 hari belajar..pegi sekolah balik sekolah..kami pun bawaklah diaorg jumpa.kawan-kawan kat taman..



  Muka EL happy je..

Danish pulak sibuk nak mintak abg tolak dalam stroller

Yang lain-lain tak sempat nak snap gambar dah melompat dengan kawan-kawan..

Cuaca hari ni tak berapa baik..dalam pukul 6 lebih hujan dah turun..jadi terpaksalah kami balik sebab takut 2 babies ni demam..dah la baru je baik demam..

Jadi sesi bermain sambung esok pulak..biasanya Sabti & Ahad memang setiap.petang kat sini melainkan kalau kami blk kampung atau jalan-jalan memang tak muncul..kesian kat kawan anak-anak tertunggu-tunggu..yelah kan..seminggu 2 hari je jumpa kat taman..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...