Pages

Saturday 5 August 2023

BUAT BAIK TANPA HARAPKAN BALASAN MANUSIA..

Lepas berapa bulan tak update apa-apa kat blog malam ni aku nak tulis..supaya benda ni akan kekal juga sebagai pegangan aku selepas ni..


"Buat baik tanpa harapkan balasan manusia.."

Cerita bermula masa raya puasa tahun 2023..dah lama aku nak tulis tapi aku anggap diri aku manja...sikit-sikit nak sentap..


Aku dah prepare duit raya banyak..

dalam list dah ada tempat nak tuju..aku dah bayangkan meriah raya aku tahun 2023..


Tapi..perancangan Allah lebih baik untuk aku..

Raya terpaksa tukar plan asal..sepatutnya aku dan family balik Penang malam raya pertama..tapi aku fikirkan abah yang baru recover sakit jadi aku delay..pagi raya aku gerak..


Pagi raya tu dah ada benda best tak jadi..dah tak happy


Kami gerak pagi menuju ke Penang..lari dari plan asal.

Kami ke rumah kawan papa kat Kedah..sampai dah malam..jumpa kawan papa yang dah lama terpisah..habis je jumpa kami ke rumah tokma..tak jauh dari situ..


Ikutkan raya kedua kami nak sambung beraya..tapi call sana sini semua orang macam tak sudi jumpa kami..ada juga yang busy..

Tengahari raya kedua ada kenduri kat rumah Faizal menantu tokma..kami pegi kenduri tu..

Petang kami decide kami terus balik ke Sungai Buloh

Plan asal nak singgah Ipoh jumpa cik Ana tak jadi juga..jadi kami decided untuk terus shoot balik ke Sungai Buloh..kami sampai pukul 1 pagi..


Kalau baca macam tak ada apa-apa kan..normal je..

Tapi deep down dalam hati...rasa macam sedih giler...tengok sepanjang jalan orang happy visit ahli keluarga saudara mara..kami macam tak ada sedara mara..raya macam tak raya sangat..


Kesian anak-anak...

Entah la kenapa aku rasa terkesan sangat masa tu..

Terasa dengan org keliling..susah nak describe dengan penulisan.,


Dan harini...4/8/2023..again

Aku diuji..aku tolong kawan baik..bagi acc..dia pulak cerita kat my boss..apa lagi boss bising..panjang lebar dia ceramah aku..apa yang patut dan tak patut aku buat..

Dan masa bos aku ceramah mak aku kebetulan dalam kereta sekali..dengar perbualan aku...habis cakap mak pulak sambung nasihat..

Petang..aku ajak papa lepak kat taman..again papa bagi nasihat exactly sama sebijik macam boss aku ceramah panjang-panjang tadi..


Dan pemikiran aku...

Aku hanya nak tolong kawan aku tu..ikhlas..aku tak nak balasan walaupun duit..kalau nak balas juga tolonglaah doakan aku masuk syurga dah cukup..


Tapi...bila orang keliling tahu apa yang aku buat diaorg rasa aku selalu diambil kesempatan oleh orang lain sebab kelemahan aku..


Ya Allah..serius aku blur katakkkk

Aku buat baik ke aku diambil kesempatan aku pun tak tau..puas aku fikir..

Apesal setiap kali aku tolong orang lepas tu Allah tunjuk side lain pulak orang yang aku tolong tu..

Bagi aku maybe tuhan nak uji aku dengan apa yang aku cakap.."Berbuat baik tak harap balasan manusia..."


Bila orang keliling push aku..aku jadi blur betul ke tak apa yang aku buat ni...aku belum jumpa jawapan yang tepat...


Tapi selagi aku pegang "Berbuat baik tak harap balasan manusia" ni aku hanya harap Allah tolong aku bagi jalan adakah betul apa aku buat ni..


Masa menaip ni aku rasa sebak ya amat..entahlah aku serah pada Allah lagi aku tanya orang lagi aku rasa aku yang salah...


Aku hilang ramai dah kawan yang aku sayang sebab aku silap buat keputusan..sampai skang aku pun sendiri tak tahu apa nak buat...

Ya Allah berikan jalan..

 Masih mencari jawapan lagi...



Sunday 1 January 2023

Welcome 2023



Selamat Datang 2023

Terima kasih 2022 yang telah berlalu..selamat datang 2023 semoga kejayaan akan lebih banyak di tahun 2023.


Azam dah disusun..moga segalanya akan tercapai...
 

Monday 26 July 2021

MESIN BASUH ROSAK MASA LOCKDOWN!!

Mesin basuh rosak masa lockdwn...haa sudah..
Macam mana nak basuh baju??dobi pun tutup..

Tetiber mesin basuh rosak..apelagi..cari paip..kami basuh kat balkoni..hahah rare..

Budak berdua ni rajin nak basuh baju..jd diarg jelah basuh baju sambil main air..boleh la..


 

ANAK-ANAK MENGAJI ONLINE MUSIM COVID NI..

Setelah mencari guru mengaji untuk anak-anak Alhamdulillah ditemukan dengan ustaz Shahrul.

Lega...dapatlah anak mengaji Al-Quran lepas lama tertangguh sejak musim covid. Semua pusat mengaji tak buka.

Nak harapkan mak yang ajar memang lambat lah..mak sibuk betul dengan kerja rumah,PDPR dengan emosi nak kawal lagi..stress semua ada...jadi plan ada tapi bertangguh dari sehari ke sehari..

Bila dah jumpa guru online ni lega betul rasanya..harap anak-anak dapat Khatam Al-Quran macam abang diaorang.


Mengaji dalam bilik, harini first day

 
Nau khusyuk mengaji
Tapi lepas hari pertama, ustaz suggest turun semula Iqra' 5 sebab bacaan anak dah tak lancar..takpelah janji diaorg dah start belajar..mak kena tolong tengokkan jugaklah jawabnya ni..

Tanggungjawab besarkan anak bukan mudah..akademik agama 2-2 nak kena check..dalam kesibukan dunia hari ni langsung tak sama masa aku kecik-kecik dulu rasa tenang je kat kampung sana..

Apa pun harini akan jadi kenangan dunia aku dengan anak sangat berbeza..sama dengan perubahan zaman sekarang..agaknya akan datang macam mana lah kan..

Saturday 17 July 2021

CARA MUDAH BUAT CHOCO JAR TAK PERLU CAIRKAN COKLAT- 5 SAAT SIAP!!!

Musim PKP macam-macam idea nak buat. Paling ketara semua nak makan je kerjanya. Kali ni kami buat choco jar. Kalau beli ready kat kedai mahal jadi kami buat sendiri.Mudah jeeee...Guna 2 bahan 5saat siap..boleh makan banyak kali sampai puasss...

Beryl's Chocolate ni memang ready made cair dah..tak perlu nak cairkan coklat bar lagi..dah siap2 cairboleh terus buat choco jar..atau boleh juga makan dengan roti pun sedap..

Selain tu boleh juga jd topping untuk kek..jd mudah dan cepat kalau tak leceh nak basuh bekas masa nak cairkan coklat tu..

Harga coklat beryl's tak silap dalam RM14.++ ( dah lupa) baby crunch pula tak sampai RM10 utk pek besar ( tak ingat harga sampai sekarang masih tak habis lagi )


Beli coklat ni di kedai bahan bakery

Beli mini coco crunch, beli di bakeri juga


Coklat tu dah ready made..senang buka dan terus tuang je pada mini coco crunch tu

tadaaaaa dah siap..boleh makan dah

Monday 12 July 2021

KISAH MENCARI ILMU DIHUJUNG MINGGU

Minggu ni sempat mencari ilmu. Alhamdulillah bertemu circle baru dan dapat ilmu baru minggu ni.Dah lama aku stop belajar..adalah beberapa bulan..aku stuck sekarang!!!

Kadang-kadang bila stuck wajiblah kita mencari ilmu baru sebab itu petandanya kita dah kurang tahu apa yang kita tak tahu...

Kita akan stuck di level yang sama sebabnya hanya itu saje yang kita tahu.

Minggu ni berpeluang dengar talk atas invitation Tuan Zaidi dari Great Eastern (SEG Group). Beliau buka peluang utk belajar tentang insurans. Selama ni just dengar org buat insurans takaful..rasa macam susah.

Tapi lepas dengar agak menarik..yang best dan match dengan apa yang dicari.Antaranya:-
- Peluang peningkatan kerjaya
- Ada circle hebat
- Boleh buat unlimited income

Ini antara benda yang menarik minta aku untuk join.
Dah boring handle loan..masuk tahun ni dah 14 tahun..tiada sebarang peningkatan kerjaya..walaupun hidup Alhamdulillah senang, tiada hutang tapi lama kelamaan aku rasa bosan..

Kerja sorang-sorang, tak ada apa-apa yang mecabar lagi..makin lama makin hilang minat..apa yang aku buat aku just teruskan utk kelangsungan hidup aku sahaja...nak tinggalkan nanti tak makan anak-anak aku..so better buat je..

So minggu ni dapat join 2 klas..1 klas FB ads dengan tuan Dzulfaqar Hashim. Walaupun topik tu agak macam aku dah tau sangat (berlagak pulak...hehe) tapi aku join je sebab kelas dia murah RM9.20 je...

Tapi sungguh tak kusangka...dapat ilmu mahal..benda yang aku tak tahu lagi..tulah betul apa-apa mentor sebelum ni cakap...kosongkan kepala belajar terima dan jangan sombong sgt semua benda dah tahu...(akulah tu)

Banyak lagi kita tak tahu walaupun ari-hari buat..lain cikgu lain ilmunya..kita kena terus sentiasa belajar..

Bak kata dr azizan..berhenti belajar maknanya akan stuck kat situ..

Okah dah pagi..nak run ads pulak..mata dah mengantuk esok nak submit customer plus nak settlekan PDPR anak lagi.



Kelas dengan Tuan Dzul mengajar FBads Retargetting

 
Kelas dengan team takaful dari SEG- Great Eastern


Tuesday 6 July 2021

KISAH DARAH TINGGI NAIK


Pagi haritu tetiba kepala pening
Awal pagi bangun ok je siap pegi breakfast kat kedai macam biasa...tetiber balik je pening rasa nak pitam..

Terus ambik mesin test tekanan darah..benda ni kalau setiap kali x sedap badan atau pening mesti terus check..risau jugak sbb pernah darah naik lepas bersalin dulu dan masa pregnant ada darah tinggi.

Check2 skali ambikkkk
Darah naik tggi..bgtau en suami ajak pegi klinik kat bawah rumah..panik macam kritikal sgt dah ni..hehe

Risau perasaan bercampur baur..mana taknya sebelum tu banayk dengar kes tetiba meninggal,koma,dan stroke akibah darah terlalu tinggi..

Sampai-sampai je kat klinik register..dia ambik tekanan skali lagi...

Kali ni..170/110 tggi lagi dari bacaan kat rumah...

Nak nangis...

Kemudian masuk bilik doktor..dia check..
Memang pucat sikit katanya..
Dia tanya ada ambik apa-apa ubat ke..
Aku jawab " takde doktor..."

Dan aku tanya apa punca dan macam mana nak prevent benda ni berlaku lagi

Doc jawab " u kena amalkan gaya hidup sihat,ambik makanan sihat,kurangkan garam,makan buat,ayur dan bersenam..."

Doc bgtau lagi " Saya hanya bagi pil penig dan sakit otot..kita monitor dulu bacaan tu..lpstu dtg blk buat blood test baru doc boleh cakap apa yg sepatutnya..."

Maknanya...aku belum lagi disahkan pesakit darah tinggi..aku kena monitor dulu dan pastikan semuanya ok..kalau tak ok kenalah jugak ambik darah utk test masalah lain..

Ya Allah risaunya aku..hnya tuhan saje yang tahu..

Rasa pentingnya hidup sentiasa sihat tanpa penyakit.
Bila baik aku buatlah apa doc tu cakapalhamduillah lepas beberapa hari darah dah start turun..

Sehingga post ni ditulis 7/7/21 aku syak aku tak boleh minum nescafe..sebab setiap kali aku minum nescafe kepala aku berpusing..dan tulah yg terjadi pada pagi haritu..aku lps minum nescafe ais kat kedai balik je rumah kepala aku berpusing..mgkin la kot..

Nescafe tu pun mmg aku ambik setiap hari sebelum tu utk elakkan mengantuk (tak ambik lps tu elo je tak mengantuk...semua permainan akal..)

Bacaan darah tiba-tiba naik

 

Thursday 24 June 2021

MISI CANTIK-CANTIK PKP 3.0


 Hari ke-24 PKP 3.0 

Harini kami pegi SB Mall nak cari getah paip utk cuci balkoni.Anak-anak makan aiskrim sampai habis melekit balkoni.Paip pulak yak ada nak cuci susah nak kena angkut air.

Alang-alang dh smpai SB Mall singgah kejap kat Watson nak cari supplement..sebabnya bangun pagi selalu tak larat, badan rasa lemah.

Puas juga dok survey supplement apa nak makan.Selalunya ambik vit c flavette je..Kali ni nak try kitsui sebab bnyk review best pasal kitsui..jd kita try jelah..


Yg kitsui coco xslite tu utk en suami punya..dia nak sgt kurus kan perut..jd kita tgk apa akan jd lepas ambik tu nanti.

Selama ni x pernah kisah pasal penampilan..yelah..mana busy memanjang..fikir anak2 dan keluarga no 1 dulu..

Bila dah berumur ni baru nak kisah pasal kesihatan tu pun bila dah x boleh handle..badan asyik letih-letih je..

Akhirnya mengalah juga..manjakan diri utk kembali bertenaga,confident dan yg paling utama utk suami.



Update terbaru ..dh start guna skincare some by mi Snail Truecica..ramai cakap elok...selalu guna produk dari thailand & local je..kali ni try korea pulak

Nanti tgk lps sebulan apa jadi


Tuesday 22 June 2021

MISI CANTIKKAN DIRI SENDIRI

 LOCKDOWN HARI KE 22


Semalam dh sampai produk order dari shopee. Ini first time nak try pil-pil atau ubat dari shopee.Selalu beli kat drug store je.


Masa PKP ni tak banyak kerja boleh buat. Jadi masa ni baru ada masa nak fikir diri sendiri. Baru ada masa nak shopping kat shopee.Kalau tak memang tak sempat.


Kadang-kadang barang add to cart tapi tak check out pun. Memang dasarkedekut untuk diri sendiri..


Bila dah umur makin meningkat dah macam-macam masalah. Jadi kena juga jaga diri sendiri. So, harini first day makan pil utk kulit. Nanti tgk kesannya lepas sebulan.


Jadi gambar di bawah simpan kat sini, lepas sebulan (22/7/2021) akan update semula perkembangan kulit..tgk menjadi ke tidak.

Gambar terkini 22/6/2021


Gambar terkini 6/7/2021

Ada beza sikit heheheh..tgk lagi cukup sebulan..jadi apa..


Gambar terkini 26/7/2021

Update harini 26/7 no filter tau. Dah nampak sikit hasilnya..hehe

Kulit nampak cerah sikit..so boleh maintain supplement ni untuk beberapa bulan lagi. 

Aku sejenis manusia yang dulunya memang takpeduli kat diri sendiri. Hidup aku kisahkan anak dan suami je..

Sekarang bila cik Lala dah besar sikit barulah ada mood nak jaga diri..sebabnya aku nak mula bisnes secara serius dan maybe perlu jumpa ramai org.

Dah lama aku ada masalah low self confidence, 9w self esteem..semuanya low la..akutak suka jumpa orang sebab aku rasa diri aku selekeh..

Sekarang masanya aku jaga imej upaya perasaan mali tu tak ada dan makin lebih confidence..Insyaallah..dah paling utama supaya suami tak malu wife dia selekeh je..hehe😂😂

Monday 21 June 2021

HARI KE 21 TOTAL LOCKDOWN

 Harini hari ke 21 "total lockdown"

Sebenarnya dah boring sesangat berkurung dan terperap kat rumah. Dah biasa berjalan sana sini..sekarang tak dapat nak bawak anak-anak keluar langsung sebabnya sop hnya benarkan 2 orang bagi 1 kereta.


Jadi anak-anak tak dapat naik kete..nanti kena saman kena RM2k pulak.Termasuk harini dah lebih sebulan berkurung bagi negeri Selangor sejak PKP 6/5/2021.

Harini beli aiskrim utk anak-anak.Sejak PKP ni asyik makan macam-macam.Setiap beberapa hari mesti beli stock jajan kat budak-budak ni.


Aiskrim ni beli 2 kotak..sekotak bagi kat orang..dan sekotak lagi bawak blk rumah.


Tak mahal..1 kotak cuma RM24 ada 30pcs.Puas la diaorg makan nanti.

Berharap sangat 28/6/21 ni habislah total lockdown..dapat merentas daerah pun jadilah..boleh jugak kami ke pantai.


Sekotak ada 30 RM24 je sekotak

Sampai 2 kotak kami borong

Friday 11 June 2021

MPV - CHERY EASTAR UTK FAMILYKU

Alhamdulillah dah berjaya beli MPV utk keselesaan anak..

Post ni lambat buat ..al maklumlah sebelum PKP kerja banyak. memang tak sempat nak update blog. Selalunya update kat FB saje.

Tapi blog ni adalah tempat menyimpan kenangan jd merajinkan diri update😄

Kali ni nak cite pasal MPV- Chery Eastar yg dah dibeli pada 4/5/2021.

Selepas beberapa bulan kumpul duit akhirnya kami berjaya beli MPV cash iaitu Chery Eastar. Buat masa ni ..ini jelah MPV bajet yg mampu dibeli memandangkan  keadaan pandemik covid yang agak teruk dan sekarang nak kumpul duit yg banyak bukan lah perkara yg mudah.

Plan asal pada tahun 2020 nak beli Mitsubishi Grandis. Dah siap pegi tengok kat Penang. Masa OTW balik PKP 1.0 diumumkan..tak boleh kerja dan hanya duduk dirumah.

Terpaksa tangguhkan niat dengan harapan PKP cuma 2 minggu saje. Jadi bila dah tak keje takde gaji dan duit nak beli kete tu digunakan tampung perbelanjaan family selama hampir 3 bulan.

PKP berlarutan dan sehingga post ini ditulis dah lebih setahun PKP,PKPB,PKPP kemudian Total Lockdown... dan agak teruk jugak sebab nak kerja pun susah.

Tapi kami terpaksa juga beli MPV memandangkan kete perdana tu dah tak muat nak tampung ahli keluarga. Kena duduk berhimpit...kesian anak2 😅
Dah la kami kaki berjalan..hehe

Walaupun ramai yg x suggest beli kete ni..tp kami yakin yang pilihan kami tepat..sbb Chery Eastar ni ada group owner dan sgt aktif membantu ahlinya..dan yg paling penting kereta cash tak nak hutang..(itu je bajet yg ade...)

Awal May, duit dah ada..terus tgk dan beli dari owner di Puchong. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan 4/5/21 kereta tu sah jadi milik kami sekeluarga...syukur..

Masa tgh que kat Puspakom sebelum proses tukar nama


Time PKP urusan Puspakom by appointment kena booking dulu

Settle Puspakom terus ke JPJ untuk pindah hak milik

Proses takvlama, lepas sama2 thumb print..dah boleh dapat geran

Dah settle ni gambar lps beberapa hari..
kat kedai cat bagi touch up sikit


Dah cat hitam grill..garang sikit..

so lepas ni tak payah nak sempit2 lagi..anak2 hepy sgt..next post aku akan review pasal kete ni pulak..kot-kot ada yang nak beli tapi takut macam kami dulu-dululah...😆😅


Wednesday 9 June 2021

AKTIVITI LOCKDOWN DIRUMAH- PKP 3.0

 TOTAL LOCKDOWN DISELURUH NEGARA MULA 1/6-14/6/21

Pada ketika ini kene berkurung kat rumah. Tak boleh nak keluar..kalau sebelum lockdown dulu masih boleh rentas daerah walaupun x boleh rentas negeri hidup masih okay..sebab takde lah bosan sangat anak-anak masihboleh keluar dari rumah..dan aktiviti kami pada weekend pegi ke pantai sekitar Kuala Selangor.

Mujur lepas PKP 1.0 iza and husband dah prepare beli maam-macam utk anak-anak..dah dapat agak yg PKPakan berlarutan sbb covid pun macam mudah merebak vaksin pun x settle lagi.


Aktiviti pkp 2.0 dan 3.0 waaupun x boleh keluarrumah tapi anak2 ada aktiviti nak dibuat selain dari buat homework.

Ini bilik boys..iza n husband beikan PS4 dan bagi TV 42inch
untuk main game

Ini cik Boss..aka Princess dlm rumah ni


Baru lepas mandi..ni time diaorg berdua baik sangat ni


Wish birthday mak thru video call saje

Masa ni order Steering utk diaorg main NFS.Syok sgt Danial dia yg beriya nak steering ni

Unboxing steering PXN..minta Logitech iza tak bagi..belajar dulu ye..
dah expert kita upgrade

PKP3.0 -SITUASI LOCKDOWN SG BULOH 6/6/21

6/6/21 ( AHAD)- PKP3.0 TOTAL LOCKDOWN

Harini keluar utk top up stock kat rumah. Last time beli 2 days before lockdown..hari ni terpaksa keluar sowe decided utk pegi SB MAll yg paling dekat dgn rumah.

Ini first time masuk mall since lockdown..masuk je hanya yg essential department shj yg beroperasi yg lain-lain semua kena tutup.

sunyi sepi macam kena serang zombi..

Tak tahulah bila semuanya akan berakhir..nak hidup bebas dan normal..

for now hanya boleh gerak dalam radius 10km dan muatan kereta takmelebihi 2 org. Anak-anak dah sebulan tak kemana-mana. Kesian sangat berkurung..tapi apa boeh buat.. 

Keadaan dalam SB Mall

Sepi...

Banyak kedai ditutup..


Keadaan sekitar speed mart..kedai-kedai bukan essential
tak dibenarkan beroperasi



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...