Pages

Saturday 20 September 2014

Kisah Cuti Sekolah 6-21 September 2014

Cepatnya masa berlalu...
dah 2 minggu cuti sekolah..actually school holiday 1 week sahaja..tp drag jd 2 weeks sebabkan budak2 exam UPSR so yg kecik2 ni diberi cuti..so apa lagi..sukalah kami..

2 minggu ni kami balik kampung di Triang,Pahang..
Mama n papa pulak boleh buat kerja tak kira di mana so anak2 boleh happy kat sini..aktiviti Naim masa cuti ni aku isikan dengan buat latihan math..dan juga suruh dia baca story books,,tak cukup kat rumah hantar pegi library dengan his pak ucu..bapak sedara dia darjah 6..so apa lagi sukalah naim kan...

Yg 2 lagi ni habiskan main dengan cousin di Haziq..Haziq same age dengan Mia..tapi badan Danial yang tua setahun sama besar dengan Haziq..tak besar2 anak aku ni..haha..

Apa yang kami buat selama 2 minggu di sini..
Tak bnyk altiviti untuk kids masa cuti sekolah ni walaupun at first place kami planning nak  Ke Raub visit Mama punya kawan masa sekolah dan seterusnya ke Cameron..tapi apa yang jadi???..16 September hari Malaysia kami ke Teluk Cempedak,Pahang..
Bertolak dari Triang ambil masa lebih kurang 2jam setengah..actually dah lama tak pegi last pegi masa mama kecik dan kids pulak mmg tak pernah dtg sini..rupanya cantik jugak Teluk Cempadak..Mr Hubby dok aim nak tido kat sini ..but unfortunately..Hyatt kat sini fully booked dan along (my brother in law) nak kerja esoknya..so ambil angin di pantai sambil makan bekal yg dibawa dari rumah (sempat masak lagi tu ) pukul 9 bertolak balik Triang..ikut jalan lama lebih seronok...sampai Triang tengah malam...

Hati masih teringat kat Teluk Cempadak..Insyaallah next time nak bawak kids pegi jalan lagi sana..me n my hubby ingatkan Kuantan tu jauh dari Triang..rupanya dekat aje..so next time boleh pegi lagi...

Masa first2 sampai Triang 6/9 ..Tijah belikan kek..mmg lupa sgt yg birthday Haziq bulan 9..dan lagi haru biru yg aku lupa birthday MIA!!!...aduh macam mana boleh lupa???
Sebab bulan August Danial,Naim,Papa,Tijah n along punya birthday berderet so 2x beli kek untuk celebrate on August..sampai turn mia 28 August mmg lupa sangat plus ulang alik kl-triang sangat memenatkan..kesian my baby...dan mak tijah dia cakap celebrate sekali dengan Haziq..kesiankan anak aku ni...


Kisah Muka Yang Tak Habis2 Jerawat.

Dalam entri kali ni nak juga bercerita kisah muka aku yang sebenarnya bermasalah..mesti ramai diluar sana yang mengalami perkara yang serupa..


Oleh kerana h/p aku meragam tak dapat nak upload gambar muka aku yg bermasalah tu..maybe bila dia dah ok aku akan upload di sini..(dah ok dah h/p)..kat bawah gambar muka aku yg bermasalah...


Pipi sebelah kiri..



Pipi Kanan



Terukkan!!...
Sebenarnya kulit muka aku ni bermasalah..since dari zaman remaja  lagi..entah la macam mana..mcm2 produk aku pakai dari fair n lovely,safi,mustika ratu..ni semua produk yg aku pakai dari masa aku darajah 5..ha..sebab dari darjah 5 muka aku dah start berjerawat!!..tapi sekarang dah ok sikit sebab aku try macam2 utk kasi clear muka aku..tp sepenuhnya recover..gambar kat atas tu dah okey sikit sejak amalkan produk oxy dan tidact..sebelum ni lagi teruk!..

Now.. umur aku almost 30 years..lagi couple of month genaplah usia aku 30 tahun..dan masalah jerawat aku macam tu jugak..dalam kesibukan aku berniaga ni..masa nak kawin je la aku jaga muka..lps lahirkan Mia terus aku sibuk..macam-macam biz aku buat sampai lupa bab jaga muka..opss!! lupa nak cerita..masa mengandungkan mia..aku kena gatal2 badan sampai naik jerawat kat badan and tergaru2..semua org boleh nampak yg aku i asyik tergaru2..haha malu seyh..lps bersalin kat Mia mak aku suggest aku pegi kat Tapah..Klinik Kulit Jaya..dia cakap gatal2 ni sebabkan air..oh air!!..macam tak percaya..maybe air di Selangor tak berapa bersih tak sesuai dgn badan aku kah??kene mandi air mineral lps ni..haha.. oleh kerana gatal badan aku tu kritikal dia bg dulu ubat gatal untuk badan dan bg antibiotik makan malam dan siang..

Ubat tu gile punya mengantuk..bila aku makan ubat tu..aku boleh tidur dari siang sampai malam..haha..(dah macam kene dadah pulak kan..) dan ubat sapu utk sapu kat tempat gatal..tak lama kemudian dengan izin Allah kegatalan tu semua hilang..sepatutnya doc suruh aku follow up dan nak bg ubatt utk muka aku yg berjerawat ..tapi busy punya psal asyik lupa je bila  blk kg nak gi klinik ni..

Aku dah survey klinik area Rawang..aku jumpa klinik Dharen..maybe dalam minggu depan aku nak gi sana..dengar kata klinik tu ok..nanti aku akan update macam mana lps dptkan treatment di sana..

Cara aku jaga muka sekarang..nampak sikit perubahan dah...

aku pakai set oxy utk kulit berjerawat
Yang kat bawah ni aku pakai 






Pencuci Muka :Deep Cleansing Wash
Lepas Cuci : Powder Lotion
Mosturizer : Blemish Control
Harga : Tak lebih RM20 (tak ingt harga sebenar dalam 1 pek)

Malam Pulak aku pakai tidact (yang hujung tu)
kat bawah ni actual pack dia..
Harga : RM20
Boleh dapat kat farmasi


Untuk supplement aku ambil Primrose Oil..


dan juga..aku ambil daun linden dan bunga globe ammarath..
Bunga Globe Ammarath sebelah kiri
Daun Linden sebelah kanan

Daun Linden : utk buang toksik
Globe Ammarath : Bagus untuk kulit


Aku pakai hari-hari produk di atas.Jerawat yg besar2 beransur hilang.Cuma yang tinggal jerawat yg kecik2..dan gatal..maybe aku alahan yg tu sebab aku kene jumpa dengan doc..untuk kasi clear seluruh muka aku ni..Dan jangan lupa minum air masak secukupnya...untuk clearkan toksin dalam badan...Nanti aku update kisah aku dan jerawat dalam next entry..

UPDATE 25/6/2021
Baru nak update selepas hampir 7 tahun
Lama gile kan..haha

Sebenarnya pada tahun 2015 selepas 1 tahun update pasal post kat blog ni ada seoarng hamba Allah cadangkan aku pegi farmasi utk beli krim gatal..

Dia tgk muka aku teruk yakmat..dia suggest aku ke farmasi dptkan krim gatal katanya dia punya skin pun macam aku jugak jerawat teruk..last skali dia pakai krim tu skin dia elok takde jerawat.

Jadi aku pun pegilah farmasi kt sg buloh yg dia cite tu..beli krim tu..masa tu besar baru RM10 (tahun 2015). Aku pun pakai beberapa hari...

Lepas tu jerawat start kecut..gatal hilang!!!!!

Jerawat aku ni jenis kalau naik gatal muka..dah tak larat nak sapu produk, kalau blh aku nak jerawat ni hilang cepat gatal dan low confident sgt!!!

Alhamdulillah berhasil..cepat sgt..aku tau krim ni ada steroid..sebenarnya taklah bagus..tp aku dh terdesak nak clearkan muka yg asyik naik jerawat lps hilang naik..lps hilang lagi naik..dan aku bukan sejenis yg blh konsisten pakai 1 produk lama2 kalau x nampak hasil..(gile x sabar...haha)


1 bekas ni RM12 je..beli kat farmasi

Sekarang rasa kat shopee dah bersepah org jual..tp harga mahal dr pegi direct ke farmasi..

So kalau ada jerawat naik dan gatal aku terus sapu je krim ni..terus jerawat hilang..wajib ada sampai skang mmg aku pakai krim ni.



Kisah tempat tinggal kami-Apartment Laguna Biru,Tasik Biru (3/2012-11/2016)



First time tgk iklan rumah ni kat dalam mudah.my..terus jatuh cinta!! sebab view yang sgt cantik..walaupun kami sekarang tinggal di Bangi ..apartment yang dilengkapi dengan pool,ada gym..dah ok sgt sebenarnya cuma jauh sikit nak  ni ke kl..thats why aku pun start mencari apartment lain kat Mudah.Walaupun facilities apartment ni tak selengkap apartment di Bangi..tetapi hati aku dah terjatuh cinta kat view dari apartment ni..sangat mendamaikan..


view dari Balkoni rumah aku..


weekend ada org main Jet ski dan juga kat sini pertandingan Jet Ski selalu diadakan.

Lepas sibuk mencari dapat juga 1 unit apartment untuk disewa..masa mula2 aku sampai kat apartment ni..mmg takde org..bayangkan ada 6 blok tapi sunyi sepi..heheh jgn silap sebab apartment ni sebenarnya org belum duduk lagi..dah macam beli la pulak kan..first time naik tgk unit yg nak disewa bertambah lagi lah aku terjatuh hati ..mmg view dari balkoni sangat awesome!!..memandangkan kami ni kerja berurusan dengan client..hari2 stress..memang nak sangat tempat yg boleh mendamaikan jiwa dan minda ala2 hotel gitu..dengan budget yg berpatutan..

Setelah berpuas hati..kami meneruskan perbincangan dengan owner rumah ni..owner sangat baik hati.Kami terus bayar deposit plus extra 3 bulan lagi sewa haha suka punya pasal..memandangkan masa tu kami baru kawin..so perabot pun takde..cuma ada a few dari rumah lama nak kene bawak ke apartment ni..pakai 3 biji kete kami mengankut..

Jadi bermulalah kisah kehidupan kami di sini..sekarang dah masuk 4 tahun menyewa di sini..yup belum ada rezeki nak beli rumah lagi..but now.. dah tak berapa best dah kat sini ..tak macam kami mula2 pindah dulu..bila dah makin ramai org..dah macam apartment low cost gayanya..bukan salah apartment ye..tp salah mentaliti org2 di sini..sabor ajela..maybe aku kene pindah lagi..

Tengah survey  lagi kawasan yang mudah akses ke sekolah,ke highway dan yg penting area sg buloh jugak..dan penting jugak untuk melihat persekitaran sebab mia dengan danial dah nak masuk sekolah..Naim pulak dah nak naik darjah 2.. 


Bermulanya Kisah Kehidupan Kami..

Saya suka menulis,membaca,berkongsi cerita..bercerita mengenai kisah perjalanan cerita cinta kami..kisah kehidupan seharian kami dan juga kisah pengembaraan kami sekeluarga..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...