Saturday, 20 September 2014

Kisah Cuti Sekolah 6-21 September 2014

Cepatnya masa berlalu...
dah 2 minggu cuti sekolah..actually school holiday 1 week sahaja..tp drag jd 2 weeks sebabkan budak2 exam UPSR so yg kecik2 ni diberi cuti..so apa lagi..sukalah kami..

2 minggu ni kami balik kampung di Triang,Pahang..
Mama n papa pulak boleh buat kerja tak kira di mana so anak2 boleh happy kat sini..aktiviti Naim masa cuti ni aku isikan dengan buat latihan math..dan juga suruh dia baca story books,,tak cukup kat rumah hantar pegi library dengan his pak ucu..bapak sedara dia darjah 6..so apa lagi sukalah naim kan...

Yg 2 lagi ni habiskan main dengan cousin di Haziq..Haziq same age dengan Mia..tapi badan Danial yang tua setahun sama besar dengan Haziq..tak besar2 anak aku ni..haha..

Apa yang kami buat selama 2 minggu di sini..
Tak bnyk altiviti untuk kids masa cuti sekolah ni walaupun at first place kami planning nak  Ke Raub visit Mama punya kawan masa sekolah dan seterusnya ke Cameron..tapi apa yang jadi???..16 September hari Malaysia kami ke Teluk Cempedak,Pahang..
Bertolak dari Triang ambil masa lebih kurang 2jam setengah..actually dah lama tak pegi last pegi masa mama kecik dan kids pulak mmg tak pernah dtg sini..rupanya cantik jugak Teluk Cempadak..Mr Hubby dok aim nak tido kat sini ..but unfortunately..Hyatt kat sini fully booked dan along (my brother in law) nak kerja esoknya..so ambil angin di pantai sambil makan bekal yg dibawa dari rumah (sempat masak lagi tu ) pukul 9 bertolak balik Triang..ikut jalan lama lebih seronok...sampai Triang tengah malam...

Hati masih teringat kat Teluk Cempadak..Insyaallah next time nak bawak kids pegi jalan lagi sana..me n my hubby ingatkan Kuantan tu jauh dari Triang..rupanya dekat aje..so next time boleh pegi lagi...

Masa first2 sampai Triang 6/9 ..Tijah belikan kek..mmg lupa sgt yg birthday Haziq bulan 9..dan lagi haru biru yg aku lupa birthday MIA!!!...aduh macam mana boleh lupa???
Sebab bulan August Danial,Naim,Papa,Tijah n along punya birthday berderet so 2x beli kek untuk celebrate on August..sampai turn mia 28 August mmg lupa sangat plus ulang alik kl-triang sangat memenatkan..kesian my baby...dan mak tijah dia cakap celebrate sekali dengan Haziq..kesiankan anak aku ni...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...