Pages

Thursday 2 April 2020

PKP FASA 2- 1 APRIL,2020- 14 APRIL, 2020


PKP FASA 1- 18 MAC- 31 MAC,2020

Hai semua..rasanya dah lama tak update blog. Busy sejak masuk ke tahun 2020 dn akhirnya hari ini selama 2 minggu diberikan cuti panjang. Sebelum ni asyik rasa nak nangis bila agaknya dapat cuti panjang tanpa gangguan client dan bos..akhirnya Allah makbulkan dengan cuti super panjang dan tanpa gangguan sesiapa.

Pertengahan Mac Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan which mean semua orang kena berkurung dirumah. Ya siapa sangka zaman sekarang ada perintah sebigini. Dah macam zaman dulu-dulu masa perang..semua kena berkurung. 

Situasi hampir sama di mana adanya belian panic..ramai org keluar membeli barangan keperluan secara banyak.

Sumber: KKM

Sumber: KKM


FASA PERTAMA PKP 18 MAC-31 MAC,2020


Antara larangan pada Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1

Pada 16/3/2020 lebih kurang 10 malam. Perdana Menteri umumkan untuk buat Kawalan Pergerakan yang semua tak dapat nak bayangkan macam manan kejadiannya. 

Kami pulak ada kat kampung.Masa ni awal cuti sekolah. Aku dengar berita dari dalam kereta otw balik ke Sungkai. Masa ni tengok kereta Grandis kat Penang nak beli.

Kami decided nak stay je kat kampung sebab ingatkan tempoh kawalan hanya 14 hari sahaja. Jadi lebih selamat ada di kampung sebab ada ruang yang luas untuk anak-anak bermain berbanding kami kat rumah. Boleh bayangkan kena kurung tanpa keluar rumah..seksa..

Untuk pertama kalinya kami melihat keadaan PKP berlaku di Malaysia. Tak ketinggalan pada 17/3/2020 kami pun buat Panic buy jugak..hehehe..tak panic sangat la penuh setroli je..sampai semua org pandang..

Sepanjang 14 hari PKP Fasa Pertama..menghitung hari nak habis..tak sampai seminggu our PM umumkan sekali lagi tempoh dipanjangkan ke Fasa 2. Alamak..kena hadap lagi 14 hari..kami masih decided utk stay kat kampung..tunggu apa nak jadi...

Ramai juga yang dah terputus bekalan makanan,bisnes pula ada yang dah tutup, ada yang masih bertahan. Keadaan semasa Covid-19 adalah yang terburuk. Banyak pihak yang terkesan.


Status setakat 31/3/2020



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...