Pages

Monday 12 July 2021

KISAH MENCARI ILMU DIHUJUNG MINGGU

Minggu ni sempat mencari ilmu. Alhamdulillah bertemu circle baru dan dapat ilmu baru minggu ni.Dah lama aku stop belajar..adalah beberapa bulan..aku stuck sekarang!!!

Kadang-kadang bila stuck wajiblah kita mencari ilmu baru sebab itu petandanya kita dah kurang tahu apa yang kita tak tahu...

Kita akan stuck di level yang sama sebabnya hanya itu saje yang kita tahu.

Minggu ni berpeluang dengar talk atas invitation Tuan Zaidi dari Great Eastern (SEG Group). Beliau buka peluang utk belajar tentang insurans. Selama ni just dengar org buat insurans takaful..rasa macam susah.

Tapi lepas dengar agak menarik..yang best dan match dengan apa yang dicari.Antaranya:-
- Peluang peningkatan kerjaya
- Ada circle hebat
- Boleh buat unlimited income

Ini antara benda yang menarik minta aku untuk join.
Dah boring handle loan..masuk tahun ni dah 14 tahun..tiada sebarang peningkatan kerjaya..walaupun hidup Alhamdulillah senang, tiada hutang tapi lama kelamaan aku rasa bosan..

Kerja sorang-sorang, tak ada apa-apa yang mecabar lagi..makin lama makin hilang minat..apa yang aku buat aku just teruskan utk kelangsungan hidup aku sahaja...nak tinggalkan nanti tak makan anak-anak aku..so better buat je..

So minggu ni dapat join 2 klas..1 klas FB ads dengan tuan Dzulfaqar Hashim. Walaupun topik tu agak macam aku dah tau sangat (berlagak pulak...hehe) tapi aku join je sebab kelas dia murah RM9.20 je...

Tapi sungguh tak kusangka...dapat ilmu mahal..benda yang aku tak tahu lagi..tulah betul apa-apa mentor sebelum ni cakap...kosongkan kepala belajar terima dan jangan sombong sgt semua benda dah tahu...(akulah tu)

Banyak lagi kita tak tahu walaupun ari-hari buat..lain cikgu lain ilmunya..kita kena terus sentiasa belajar..

Bak kata dr azizan..berhenti belajar maknanya akan stuck kat situ..

Okah dah pagi..nak run ads pulak..mata dah mengantuk esok nak submit customer plus nak settlekan PDPR anak lagi.



Kelas dengan Tuan Dzul mengajar FBads Retargetting

 
Kelas dengan team takaful dari SEG- Great Eastern


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...