Pantai Bisik ni kami pegi masa nak balik dari Pantai Merdeka. Pantai Bisik ni terletak tak jauh dari Pantai Merdeka. Berapa belas Kilometer saja dari Pantai Merdeka. Pantai Bisik ni memang feveret place kami untuk datang setiap kali ke Penang..shopping ikan fresh !. Kali ni shopping ikan bukan untuk diri sendiri tapi saje nak beli untuk mak yang suka makan ikan fresh. Mana taknya kat area Sungkai susah nak dapat ikan fresh jadi kami belikan untuk mak 1 Tong Ais !..
Ramai orang kat sini |
Sekitar Jeti Pantai Bisik |
Bagi yang tak tahu, nak membeli kat Pasar Ikan ni kena main "Bid" siapa letak harga paling tinggi dia dapat..kena bisik-bisik..thats why dipanggil pantai bisik.
Masa ni diaorang tengah "bid" ikan |
Pandai-pandailah nak letak berapa..siapa bid paling tinggi dia punya ikan |
Bagi yang tak nak "bid" boleh beli kat sini je..tak payah susah nak fikir harga beli terus je..sama juga fresh |
Pada awal kedatangan kami kat sini..memang tak pandai konsep nak bid ni. Biasanya kita akan beli ikan tengok harga sekilo berapa..tapi kat sini berbeza. Kita kena agak berapa harga ikan dan bid dengan harga paling tinggi untuk dapat ikan tu. Kalau pandai bid dapatlah harga ikan fresh tadi dengan harga murah..memang berbaloi.
Ikan-ikan kat sini naik dari laut dan terus di longgokan di sini untuk di "bid" kalau tak tau macam mana nak bid boleh dapatkan khidmat orang tengah dia boleh bagi anggaran harga untuk kita "menang" bid..ada pelbagai jenis hasil laut ikan, ketam, udang semua fresh..biasanya ramai yang memborong di sini sebab nak buat kenduri.
Tak banyak gambar aku snap sebab perut dah lapar tak breakfast dan baby lala taknak duduk diam. Ini je yang dapat snap maybe next time aku share banyak lagi gambar sekitar pantai ni.
Untuk harini kami habis tak banyak penuh 1 tong ais dengan Ikan, Udang & Ketam hanya RM300 +-
Ikan, Udang, Ketam..mennag bid encik suami terus masuk je dalam tong kemudian dia pegi beli lagi |
Ok done penuh tong dah..mana nak letak ais lagi..perjalanan jauh ni nanti busuk ikan |
Borong ikan dah..makan pun sudah ok..jom kita balik..
Tips:-
- Bawa plastik yang cukup atau bawa bekas box ais sebab kat sini tiada disediakan plastik. Nanti susah nak mencari plastik untuk bawak ikan.
No comments:
Post a Comment