Pages

Teluk Cempedak

Cuti Sekolah pada September tak kemana-mana..
sebab Mama dan Papa busy kerja..walaupun kami kerja secara online sahaja..tapi kami perlu fokus!..hehe

Dalam kesibukan ni..sempat juga ke Teluk Cempedak,Kuantan,Pahang pada 16 September.Actually..masa kecik2 dulu aku pernah sampai sini..sebab family aku pun suka berjalan-jalan expecially abah aku..Since dah kawin ni..first time datang dengan Family..

Permandangan kat sini cantik...kat pantai Teluk Cempedak ni banyak aktiviti..ada untuk kids..yang paling aku suka kat  tepi pantai ni ada food court,ada macam2 orang jual kat sini dan ada juga kedai jual gelang2 manik yang kita boleh design sendiri..aku sempat beli 1 kat Mia...

Memandangkan ke sini balik hari sahaja..tak banyak tempat yang aku jelajah..sampai pun dah agak petang..bersantai tepi pantai dan biarkan kids main-main dengan pasir..mandi laut tak dibenarkan..sebab tengok ombak yang kuat..anak2 pulak masih kecil takut hanyut pulak nanti.


ramai org kat pantai ...


nampak tak ombak agak kuat..tak sesuai kanak-kanak mandi..


Naim enjoy main pasir...


Naim & Mia..mmg suka sangat main pasir..

Kami bertolak balik malam..dalam pukul 8 lebih macam tu kami bertolak dari Teluk Cempedak ke Temerloh..balik malam kami ikut jalan lama..seronok melalui jalan kampung dan dpt tengok aktiviti orang di negeri lain pulak..

Kami berhajat nak datang sini dan nak tidur sini..so dapatlah anak-anak main pasir lama lagi..tunggu masa mengizinkan..so lepas ni kami plan nak ke Cameron Highland pulak. :)







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...