Pages

Wednesday 25 December 2019

Bukit Merah Laketown, Taiping

On the way balik ingatkan terus balik..rupanya tidak sama sekali. Oleh kerana anak-anak tak puas lagi bercuti tepi pantai diaorang mintak sambung pegi mana-mana yang best..dalam kepala mana lagi nak pegi..dah la keletihan dan lagi pulak ada ikan 1 tong kat belakang bonet kereta..!

Sampai kat area Bukit Merah tiba-tiba en suami cakap nak pegi bukit Merah Lake town. Masa tu awal lagi..dalam pukul 2 petang lebih kurang. Anak-anak dah bersorak kat belakang..mak dalam berat hati terpaksa follow saje. Dah lama tak datang sini. Last time seingat aku masa aku sekolah rendah tak silap datang dengan family..tu jelah sekali aku masuk sini. Sekarang dah anak ramai baru datang semula.

Kami pun bergegas masuk takut tak sempat anak-anak nak enjoy..tiket kami bayar 5 je sebab Danish, El dengan Lala tak dikenakan tiket sebab 3 orang ni bawah 90cm. Jadi hanya 5 tiket je kena bayar...fuhhh selamat.

Lepas tukar baju swimming..apa lagi anak tak tunggu terus melompat. Mama tak join sekali mandi sebab sibuk main handphone. Walaupun cuti tapi terpaksa layan kes client yang tiba-tiba problem. Dalam kolam pun aku layan handphone sampai orang pandang-pandang..nak buat macam mana tugas..nanti 1 hari dah jadi Jutawan aku cuti tanpa tengok handphone okay..

Laketown sama seperti aku masuk dulu..banyak juga rides kat sini tapi en suami tak benarkan anak aku main banyak permainan kat sini yang bagi dia agak merbahaya. Dia memang cukup risau dengan semua benda..hahah nasib la anak..bapak korang tu sayang sangat kat korang..dia jaga betul-betul semua benda dia risau.

Actually banyak lagi aktiviti boleh buat kat sini selain main kat waterpark ni ada aktiviti lain antaranya ke Pulau Orang Utan. Lagi best kalau dapat bermalam kat sini jadi ada banyak masa untuk buat macam-macam aktiviti kt sini.

Insyaallah next time aku masukkan laketown dalam senarai cuti keluarga. Untuk 2020 setiap 3 bulan kami akan pegi bercuti yeayyyy..semoga ini menjadi salah 1 usaha untuk spend masa berkualuti dengan anak-anak. Dan yang penting cuti tu bukan hari bekerjalah...kalau tak berulang lagi masuk kolah bawak handphone& handbag !

Ok..dalam 5.30petang kami dah siap nak balik. Dah letih, penat..lepas ni terus ke Sungkai no more singgah lagi













Pantai Bisik, Penaga ( Tempat beli ikan )

Lepas beberapa hari baru dapat menulis blog..kalau cuti sekolah tu memang aktiviti tak pernah stop ada je kerja nak dibuat dan ada je nak ke sana dan sini.

Pantai Bisik ni kami pegi masa nak balik dari Pantai Merdeka. Pantai Bisik ni terletak tak jauh dari Pantai Merdeka. Berapa belas Kilometer saja dari Pantai Merdeka. Pantai Bisik ni memang feveret place kami untuk datang setiap kali ke Penang..shopping ikan fresh !. Kali ni shopping ikan bukan untuk diri sendiri tapi saje nak beli untuk mak yang suka makan ikan fresh. Mana taknya kat area Sungkai susah nak dapat ikan fresh jadi kami belikan untuk mak 1 Tong Ais !..


Ramai orang kat sini

Sekitar Jeti Pantai Bisik

Bagi yang tak tahu, nak membeli kat Pasar Ikan ni kena main "Bid" siapa letak harga paling tinggi dia dapat..kena bisik-bisik..thats why dipanggil pantai bisik.
Masa ni diaorang tengah "bid" ikan

Pandai-pandailah nak letak berapa..siapa bid paling tinggi dia punya ikan

Bagi yang tak nak "bid" boleh beli kat sini je..tak payah susah nak fikir harga beli terus je..sama juga fresh

Pada awal kedatangan kami kat sini..memang tak pandai konsep nak bid ni. Biasanya kita akan beli ikan tengok harga sekilo berapa..tapi kat sini berbeza. Kita kena agak berapa harga ikan dan bid dengan harga paling tinggi untuk dapat ikan tu. Kalau pandai bid dapatlah harga ikan fresh tadi dengan harga murah..memang berbaloi. 

Ikan-ikan kat sini naik dari laut dan terus di longgokan di sini untuk di "bid" kalau tak tau macam mana nak bid boleh dapatkan khidmat orang tengah dia boleh bagi anggaran harga untuk kita "menang" bid..ada pelbagai jenis hasil laut ikan, ketam, udang semua fresh..biasanya ramai yang memborong di sini sebab nak buat kenduri.

Tak banyak gambar aku snap sebab perut dah lapar tak breakfast dan baby lala taknak duduk diam. Ini je yang dapat snap maybe next time aku share banyak lagi gambar sekitar pantai ni.

Untuk harini kami habis tak banyak penuh 1 tong ais dengan Ikan, Udang & Ketam hanya RM300 +-
Ikan, Udang, Ketam..mennag bid encik suami terus masuk je dalam tong kemudian dia pegi beli lagi
Ok done penuh tong dah..mana nak letak ais lagi..perjalanan jauh ni nanti busuk ikan

Jangan lupa kalau singgah kat sini makan di gerai sebelah Pasar ni..sedap semuanya dimasak menggunakan ikan fresh dan laksa pun sedappp sangat. Aku makan nasi + laksa..dah macam apa dah..rosak diet aku..balik rumah kita jaga makan semula. Rugi tak makan nak datang bukan selalu kan..

Borong ikan dah..makan pun sudah ok..jom kita balik..

Tips:- 
- Bawa plastik yang cukup atau bawa bekas box ais sebab kat sini tiada disediakan plastik. Nanti susah nak mencari plastik untuk bawak ikan.

Monday 23 December 2019

Review Merdeka Beach Resort, Pantai Merdeka

Hari ke-2 kami check in di Hotel Merdeka Beach Resort. Hotel ni terletak betul-betul di Pantai Merdeka tempat tumpuan ramai orang. Konsep hotel kat sini seperti Chalet-chalet kecil dan lokasinya lebih dekat dengan tempat tumpuan ramai. Ada banyak jenis chalet boleh pilih ikut kesesuaian bajet. Oleh kerana kami datang time cuti sekolah rate yang dikira adalah "peak hour" dan lebih mahal. Jadi kami ambil yang paling murah...nak save bajet.


Bilik Kami..ambil yang hampir dengan pool



Kat sini banyak aktiviti boleh buat kami check in letak barang-barang dalam bilik. Kemudian anak-anak macam biasa excited cari pool. Walaupun kat rumah pun ada pool tapi anak-anak macam biasa tak pernah jemu berenang-renang.


Lepas check in terus terjun pool

Chalet yang kami pilih berhampiran pool jadi biarkan anak-anak mandi..mama,papa dan baby Lala rehat je dalam bilik. Bilik yang kami pilih jenis MELATI ada 2 katil Single. Untuk kami dan anak-anak 6 orang yang kecik-kecik ni muatlah sebab setiap kali kami travel kami akan bawak extra "toto" & bantal kecik jadi tak ada masalah tak cukup tilam dan bantal. 

Lewat petang kami keluar berjalan-jalan tepi pantai. Air masa tu dah surut, jadi kami turun ke pantai. Petang kat sini banyak aktiviti, ada macam-macam jenis permainan yang disewakan tapi aku tak bagi pun anak-anak main walaupun diaorang melalak nak main sebabnya takut terlanggar orang.
Keluar ambik angin petang..


Air surut boleh turun jalan-jalan cari siput
\
Banyak aktiviti petang kat sini..antaranya boleh bermain layang-layang


Selain tu boleh juga naik bot tambang ke Tanjung Dawai. Yang ni tak sempat nak pegi sebab anak-anak tak nak naik takut katanya. Tanjung Dawai ni tempat orang-orang membeli ikan kering. Aku tak pernah sampai next time Insyaallah kita pegi.

Tempat untuk naik bot ke Tanjung Dawai


Menunggu untuk naik bot ke Tanjung Dawai

Harga tambang bot

Petang tu kami habiskan aktiviti tepi pantai, makan laksa dan rojak.Jalan-jalan tepi laut.Kat sini sesuai untuk tenangkan minda. Dah penat kerja jadi ini masa nak rehat walaupun tak berapa nak rehat sangat sebab aku pegi time aku pergi week days jadi hp akan sentiasa ada wasap masuk.Mujur anak-anak tak kisah.

Dari Merdeka Beach Resort boleh berjalan sepanjang Pantai 


Banyak gerai kat sini..memang syok pekena Laksa tepi laut

Ada banyak gerai laksa kat sini..memang syok makan tepi laut

Malam tak susah nak cari makan kat sini. Ada food court yang jual pelbagai jenis masakan antara yang femes Mee Udang, Nasi Goreng Udang, ABC ( yang tggi menggunung) dan lain-lain. Tapi AWAS ! masakan berkaitan udang tak murah. Jika anda menjaga bajet dan datang dengan family yang ramai berhati-hati masa order ye...

Aktiviti  malam kat sini boleh la berjalan-jalan ambil angin laut. Waktu malam kat sini tak sunyi sebab ada kaki pancing yang memancing kat sini. Jadi tak sunyi dan boleh jalan-jalan. Bagi yang mencari ketenangan kat sini sangatlah sesuai. Relax dan jauh dari kesibukan.

Tips:- 
- Pastikan anda bawa cukup cash ke sini sebab kat sini agak jauh dari mesin ATM. 
- Hotel terima bayaran melalui Debit & Credit Card
- Tiada banyak aktiviti waktu malam melainkan memancig dan berjalan di tepi pantai. Waktu malam agak meriah dengan kaki pancing.
- Mudah untuk mencari makan sebab food court buka sampai malam

Thursday 19 December 2019

Review Short Vacay- Chalet Bayu Samudera, Pantai Merdeka

Pagi ni kami bergerak awal dari Sungkai..dekat sikit kalau dari Sb Buloh perjalanan akan ambil masa extra 1 jam..dah alang-alang balik kampung kami terus pegi bercuti ke Penang..Keperluan sekolah pun dah selesai..jadi kami plan bercuti awal pada 11/12/2019 . Percutian kali ni 3 hari 2 malam di Chalet Pantai Merdeka & Merdeka Beach Resort.


Kami memilih percutian kami ke utara tanah air..pada awalnya banyak juga negeri lain dalam senarai..tapi kami memilih untuk ke utara tanah air..sebabnya dekat dan makanannya yang sedap..suami aku org Penang..jadi lebih suka ke utara sebab banyak makanan yang dia boleh makan nanti..

Perjalanan kami bermula seawal 9.30 pagi dari Sungkai..mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan untuk ke Pantai Merdeka yang terletak di Kuala Muda, Kedah. Tapi kami sampai lewat juga sebab banyak tempat singgah..


Dari Sungkai - Pantai Merdeka


Dah bawak tentera ramai..banyaklah tempat nak singgah nak beli air la, nak pegi toilet lah..dan juga encik suami jumpa kawan dia kat Kulim..hati dah tak sabar..lepas dari Kulim kami terus ke Kuala Muda..sampai dalam 2.30petang..kami terus ambil kunci dan masuk ke Chalet.


Untuk booking kat sini kena call tuan punya chalet dan tanya kekosongan bilik dulu.Kalau musim cuti sekolah dan hujung minggu biasanya penuh. Jadi disarankan untuk call dan booking awal. Kat sini ada 4 Chalet menghadap laut dan 6 lagi menghadap kolam memancing.



Permandangan Chalet mengadap laut


Suasana kat sini best perkampungan nelayan..depan chalet ni betul-betul laut dan ada bot parking..mmg best la untuk aku yang memang tak biasa duduk kampung nelayan..

Lepas ambik kunci..kami terus masuk bilik..bilik yang kami booking betul-betul sebelah pool dan berdepan dengan laut..masa kami sampai tak ada sesiapa yang chek in lagi..jadi kami 1 family je yang ada..mungkin sebab weekdays tak ramai yang bercuti jadi chalet tak sesak sangat.


Chalet kami ada 2 katil..abaikan yang dah sepah tu..anak-anak dah lompat


Chalet ni ada 2 katil, ada kelengkapan asas..bilik besar dan selesa.Sesuai untuk aku yang bawak tentera ramai ni.Kalau ahli keluarga ramai pastikan bawak extra comforter sebab boleh tidor kat bawah.

Lepas dah tengok bilik..kami decided nak pegi makan..sebab masa perjalanan tadi memang tak makan berat memang nak makan kat sini..rugi la kan..sebab makanan kat utara ni sedap-sedap.

Kami ke Pantai Merdeka..kat sini ada food court dan ada khemah yang menjual pelbagai barangan dan makanan, ada baju dan sebagainya..so..kalau tak cukup baju boleh la beli kat sini.


Makan kat Food Court Pantai Merdeka

 Sampai je jalan-jalan pantai dulu


Kami sekeluarga memang suka laut. Tempat bercuti feveret kami mestilah berhampiran laut !

Kami balik ke chalet semula..tgk dah ada yg check in..ada 1 family je sebelah kami. Sampai je anak-anak tukar baju nak berenang dalam pool..boleh la mini pool..kat sini juga ada kolam memancing.Tapi memancing for fun je..tak serius sangat sebab ikan tak banyak masuk dalam kolam..tapi ada la ikan..tak sebanyak macam kolam memancing berbayar biasa..hanya untuk suka-suka sahaja.



Gambar dari FB Bayu Samudera Chalet - lebih clear keseluruhan kawasan

Mini Pool untuk anak-anak..
Pemandangan di sekitar Chalet



Ikan siakap kalau dapat timbang RM15/kilo. Kat sini juga disediakan kemudahan BBQ..memang best la kalau buat aktiviti BBQ kat sini lagi-lagi tepi laut.


Malam kat sini sangat best..jangan risau nyamuk tak ada dalam bilik..nyamuk ada kat luar je..malam kami lepak kat luar chalet sambil tengok bot-bot nelayan keluar masuk..aku pun tak sure ye ke keluar masuk ni..nampak bot lalu lalang depan chalet ni..


View waktu malam depan Chalet..tenang
Best bagi yang nak jauh dari kesibukan bandar..kat sini memang sunyi sepi yang dengar bunyi enjin bot dan laut..dan masa aku kat sini line Digi kadang-kadang ada kadang-kadang tak ada sangat perfect lah..sebab aku tak dapat main hp..fokus cuti saje okay..

Breakfast pagi-pagi depan laut..
Pagi-pagi aku dan encik suami keluar beli breakfast.Tak susah nak cari keluar sikit je dah ada orang jual breakfast tepi jalan.Kami tapaw dan bawak balik makan kat chalet.Kat sini femes dengan Nasi Lemak Kuning.Sedapppp..

Tengahari kami bersiap-siap untuk check out. Next kami akan Check in kat Merdeka Beach Resort untuk rasa suasana kat sana pulak.

Sesiapa yang nak ke sini datanglah sangat best..sesuai bagi yang nak tenangkan fikiran kerana lokasi Pantai ni di kawasan kampung, jauh dari Bandar. Malam kat sini tiada aktiviti..jadi sesiapa yang memang suka ketenangan sini memang terbaik.

Bersambung next post pula..malam ke-2 di Merdeka Beach Resort.

Harga semalam : Untuk Chalet 2 Katil Queen RM160/Semalam ( Harga Bilik yang lain boleh hubungi pemilik chalet)
Hubungi : 019-4254981
FB Page : Bayu Samudera Chalet Pantai Merdeka

Tips:-
- Lokasi agak jauh dari ATM pastikan anda bawa cash yang cukup
- Chalet ini sesuai bagi yang nak berehat dan jauh dari kesibukan. Kat sini memang sesuai sebab memang sunyi hanya dengar enjin bot nelayan sekali sekala
- Kedai makan yang terdekat terletak di Pantai Merdeka tak jauh dari Chalet ini.
- Jika anda ada plan nak buat BBQ kat sini boleh bagitau tuan chalet awal kerana di amenyediakan pakej perapan dan masak untuk BBQ.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...