Pages

Monday 26 July 2021

MESIN BASUH ROSAK MASA LOCKDOWN!!

Mesin basuh rosak masa lockdwn...haa sudah..
Macam mana nak basuh baju??dobi pun tutup..

Tetiber mesin basuh rosak..apelagi..cari paip..kami basuh kat balkoni..hahah rare..

Budak berdua ni rajin nak basuh baju..jd diarg jelah basuh baju sambil main air..boleh la..


 

ANAK-ANAK MENGAJI ONLINE MUSIM COVID NI..

Setelah mencari guru mengaji untuk anak-anak Alhamdulillah ditemukan dengan ustaz Shahrul.

Lega...dapatlah anak mengaji Al-Quran lepas lama tertangguh sejak musim covid. Semua pusat mengaji tak buka.

Nak harapkan mak yang ajar memang lambat lah..mak sibuk betul dengan kerja rumah,PDPR dengan emosi nak kawal lagi..stress semua ada...jadi plan ada tapi bertangguh dari sehari ke sehari..

Bila dah jumpa guru online ni lega betul rasanya..harap anak-anak dapat Khatam Al-Quran macam abang diaorang.


Mengaji dalam bilik, harini first day

 
Nau khusyuk mengaji
Tapi lepas hari pertama, ustaz suggest turun semula Iqra' 5 sebab bacaan anak dah tak lancar..takpelah janji diaorg dah start belajar..mak kena tolong tengokkan jugaklah jawabnya ni..

Tanggungjawab besarkan anak bukan mudah..akademik agama 2-2 nak kena check..dalam kesibukan dunia hari ni langsung tak sama masa aku kecik-kecik dulu rasa tenang je kat kampung sana..

Apa pun harini akan jadi kenangan dunia aku dengan anak sangat berbeza..sama dengan perubahan zaman sekarang..agaknya akan datang macam mana lah kan..

Saturday 17 July 2021

CARA MUDAH BUAT CHOCO JAR TAK PERLU CAIRKAN COKLAT- 5 SAAT SIAP!!!

Musim PKP macam-macam idea nak buat. Paling ketara semua nak makan je kerjanya. Kali ni kami buat choco jar. Kalau beli ready kat kedai mahal jadi kami buat sendiri.Mudah jeeee...Guna 2 bahan 5saat siap..boleh makan banyak kali sampai puasss...

Beryl's Chocolate ni memang ready made cair dah..tak perlu nak cairkan coklat bar lagi..dah siap2 cairboleh terus buat choco jar..atau boleh juga makan dengan roti pun sedap..

Selain tu boleh juga jd topping untuk kek..jd mudah dan cepat kalau tak leceh nak basuh bekas masa nak cairkan coklat tu..

Harga coklat beryl's tak silap dalam RM14.++ ( dah lupa) baby crunch pula tak sampai RM10 utk pek besar ( tak ingat harga sampai sekarang masih tak habis lagi )


Beli coklat ni di kedai bahan bakery

Beli mini coco crunch, beli di bakeri juga


Coklat tu dah ready made..senang buka dan terus tuang je pada mini coco crunch tu

tadaaaaa dah siap..boleh makan dah

Monday 12 July 2021

KISAH MENCARI ILMU DIHUJUNG MINGGU

Minggu ni sempat mencari ilmu. Alhamdulillah bertemu circle baru dan dapat ilmu baru minggu ni.Dah lama aku stop belajar..adalah beberapa bulan..aku stuck sekarang!!!

Kadang-kadang bila stuck wajiblah kita mencari ilmu baru sebab itu petandanya kita dah kurang tahu apa yang kita tak tahu...

Kita akan stuck di level yang sama sebabnya hanya itu saje yang kita tahu.

Minggu ni berpeluang dengar talk atas invitation Tuan Zaidi dari Great Eastern (SEG Group). Beliau buka peluang utk belajar tentang insurans. Selama ni just dengar org buat insurans takaful..rasa macam susah.

Tapi lepas dengar agak menarik..yang best dan match dengan apa yang dicari.Antaranya:-
- Peluang peningkatan kerjaya
- Ada circle hebat
- Boleh buat unlimited income

Ini antara benda yang menarik minta aku untuk join.
Dah boring handle loan..masuk tahun ni dah 14 tahun..tiada sebarang peningkatan kerjaya..walaupun hidup Alhamdulillah senang, tiada hutang tapi lama kelamaan aku rasa bosan..

Kerja sorang-sorang, tak ada apa-apa yang mecabar lagi..makin lama makin hilang minat..apa yang aku buat aku just teruskan utk kelangsungan hidup aku sahaja...nak tinggalkan nanti tak makan anak-anak aku..so better buat je..

So minggu ni dapat join 2 klas..1 klas FB ads dengan tuan Dzulfaqar Hashim. Walaupun topik tu agak macam aku dah tau sangat (berlagak pulak...hehe) tapi aku join je sebab kelas dia murah RM9.20 je...

Tapi sungguh tak kusangka...dapat ilmu mahal..benda yang aku tak tahu lagi..tulah betul apa-apa mentor sebelum ni cakap...kosongkan kepala belajar terima dan jangan sombong sgt semua benda dah tahu...(akulah tu)

Banyak lagi kita tak tahu walaupun ari-hari buat..lain cikgu lain ilmunya..kita kena terus sentiasa belajar..

Bak kata dr azizan..berhenti belajar maknanya akan stuck kat situ..

Okah dah pagi..nak run ads pulak..mata dah mengantuk esok nak submit customer plus nak settlekan PDPR anak lagi.



Kelas dengan Tuan Dzul mengajar FBads Retargetting

 
Kelas dengan team takaful dari SEG- Great Eastern


Tuesday 6 July 2021

KISAH DARAH TINGGI NAIK


Pagi haritu tetiba kepala pening
Awal pagi bangun ok je siap pegi breakfast kat kedai macam biasa...tetiber balik je pening rasa nak pitam..

Terus ambik mesin test tekanan darah..benda ni kalau setiap kali x sedap badan atau pening mesti terus check..risau jugak sbb pernah darah naik lepas bersalin dulu dan masa pregnant ada darah tinggi.

Check2 skali ambikkkk
Darah naik tggi..bgtau en suami ajak pegi klinik kat bawah rumah..panik macam kritikal sgt dah ni..hehe

Risau perasaan bercampur baur..mana taknya sebelum tu banayk dengar kes tetiba meninggal,koma,dan stroke akibah darah terlalu tinggi..

Sampai-sampai je kat klinik register..dia ambik tekanan skali lagi...

Kali ni..170/110 tggi lagi dari bacaan kat rumah...

Nak nangis...

Kemudian masuk bilik doktor..dia check..
Memang pucat sikit katanya..
Dia tanya ada ambik apa-apa ubat ke..
Aku jawab " takde doktor..."

Dan aku tanya apa punca dan macam mana nak prevent benda ni berlaku lagi

Doc jawab " u kena amalkan gaya hidup sihat,ambik makanan sihat,kurangkan garam,makan buat,ayur dan bersenam..."

Doc bgtau lagi " Saya hanya bagi pil penig dan sakit otot..kita monitor dulu bacaan tu..lpstu dtg blk buat blood test baru doc boleh cakap apa yg sepatutnya..."

Maknanya...aku belum lagi disahkan pesakit darah tinggi..aku kena monitor dulu dan pastikan semuanya ok..kalau tak ok kenalah jugak ambik darah utk test masalah lain..

Ya Allah risaunya aku..hnya tuhan saje yang tahu..

Rasa pentingnya hidup sentiasa sihat tanpa penyakit.
Bila baik aku buatlah apa doc tu cakapalhamduillah lepas beberapa hari darah dah start turun..

Sehingga post ni ditulis 7/7/21 aku syak aku tak boleh minum nescafe..sebab setiap kali aku minum nescafe kepala aku berpusing..dan tulah yg terjadi pada pagi haritu..aku lps minum nescafe ais kat kedai balik je rumah kepala aku berpusing..mgkin la kot..

Nescafe tu pun mmg aku ambik setiap hari sebelum tu utk elakkan mengantuk (tak ambik lps tu elo je tak mengantuk...semua permainan akal..)

Bacaan darah tiba-tiba naik

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...