Alhamdulillah dah berjaya beli MPV utk keselesaan anak..
Tapi blog ni adalah tempat menyimpan kenangan jd merajinkan diri updateπ
Kali ni nak cite pasal MPV- Chery Eastar yg dah dibeli pada 4/5/2021.
Selepas beberapa bulan kumpul duit akhirnya kami berjaya beli MPV cash iaitu Chery Eastar. Buat masa ni ..ini jelah MPV bajet yg mampu dibeli memandangkan keadaan pandemik covid yang agak teruk dan sekarang nak kumpul duit yg banyak bukan lah perkara yg mudah.
Plan asal pada tahun 2020 nak beli Mitsubishi Grandis. Dah siap pegi tengok kat Penang. Masa OTW balik PKP 1.0 diumumkan..tak boleh kerja dan hanya duduk dirumah.
Terpaksa tangguhkan niat dengan harapan PKP cuma 2 minggu saje. Jadi bila dah tak keje takde gaji dan duit nak beli kete tu digunakan tampung perbelanjaan family selama hampir 3 bulan.
PKP berlarutan dan sehingga post ini ditulis dah lebih setahun PKP,PKPB,PKPP kemudian Total Lockdown... dan agak teruk jugak sebab nak kerja pun susah.
Tapi kami terpaksa juga beli MPV memandangkan kete perdana tu dah tak muat nak tampung ahli keluarga. Kena duduk berhimpit...kesian anak2 π
Dah la kami kaki berjalan..hehe
Walaupun ramai yg x suggest beli kete ni..tp kami yakin yang pilihan kami tepat..sbb Chery Eastar ni ada group owner dan sgt aktif membantu ahlinya..dan yg paling penting kereta cash tak nak hutang..(itu je bajet yg ade...)
Awal May, duit dah ada..terus tgk dan beli dari owner di Puchong. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan 4/5/21 kereta tu sah jadi milik kami sekeluarga...syukur..
Masa tgh que kat Puspakom sebelum proses tukar nama |
Time PKP urusan Puspakom by appointment kena booking dulu |
Settle Puspakom terus ke JPJ untuk pindah hak milik |
Proses takvlama, lepas sama2 thumb print..dah boleh dapat geran |
Dah settle ni gambar lps beberapa hari.. kat kedai cat bagi touch up sikit |
Dah cat hitam grill..garang sikit..
so lepas ni tak payah nak sempit2 lagi..anak2 hepy sgt..next post aku akan review pasal kete ni pulak..kot-kot ada yang nak beli tapi takut macam kami dulu-dululah...ππ