Saturday, 20 September 2014

Kisah tempat tinggal kami-Apartment Laguna Biru,Tasik Biru



First time tgk iklan rumah ni kat dalam mudah.my..terus jatuh cinta!! sebab view yang sgt cantik..walaupun kami sekarang tinggal di Bangi ..apartment yang dilengkapi dengan pool,ada gym..dah ok sgt sebenarnya cuma jauh sikit nak  ni ke kl..thats why aku pun start mencari apartment lain kat Mudah.Walaupun facilities apartment ni tak selengkap apartment di Bangi..tetapi hati aku dah terjatuh cinta kat view dari apartment ni..sangat mendamaikan..


view dari Balkoni rumah aku..


weekend ada org main Jet ski dan juga kat sini pertandingan Jet Ski selalu diadakan.

Lepas sibuk mencari dapat juga 1 unit apartment untuk disewa..masa mula2 aku sampai kat apartment ni..mmg takde org..bayangkan ada 6 blok tapi sunyi sepi..heheh jgn silap sebab apartment ni sebenarnya org belum duduk lagi..dah macam beli la pulak kan..first time naik tgk unit yg nak disewa bertambah lagi lah aku terjatuh hati ..mmg view dari balkoni sangat awesome!!..memandangkan kami ni kerja berurusan dengan client..hari2 stress..memang nak sangat tempat yg boleh mendamaikan jiwa dan minda ala2 hotel gitu..dengan budget yg berpatutan..

Setelah berpuas hati..kami meneruskan perbincangan dengan owner rumah ni..owner sangat baik hati.Kami terus bayar deposit plus extra 3 bulan lagi sewa haha suka punya pasal..memandangkan masa tu kami baru kawin..so perabot pun takde..cuma ada a few dari rumah lama nak kene bawak ke apartment ni..pakai 3 biji kete kami mengankut..

Jadi bermulalah kisah kehidupan kami di sini..sekarang dah masuk 4 tahun menyewa di sini..yup belum ada rezeki nak beli rumah lagi..but now.. dah tak berapa best dah kat sini ..tak macam kami mula2 pindah dulu..bila dah makin ramai org..dah macam apartment low cost gayanya..bukan salah apartment ye..tp salah mentaliti org2 di sini..sabor ajela..maybe aku kene pindah lagi..

Tengah survey  lagi kawasan yang mudah akses ke sekolah,ke highway dan yg penting area sg buloh jugak..dan penting jugak untuk melihat persekitaran sebab mia dengan danial dah nak masuk sekolah..Naim pulak dah nak naik darjah 2.. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...