Pages

Monday 21 June 2021

HARI KE 21 TOTAL LOCKDOWN

 Harini hari ke 21 "total lockdown"

Sebenarnya dah boring sesangat berkurung dan terperap kat rumah. Dah biasa berjalan sana sini..sekarang tak dapat nak bawak anak-anak keluar langsung sebabnya sop hnya benarkan 2 orang bagi 1 kereta.


Jadi anak-anak tak dapat naik kete..nanti kena saman kena RM2k pulak.Termasuk harini dah lebih sebulan berkurung bagi negeri Selangor sejak PKP 6/5/2021.

Harini beli aiskrim utk anak-anak.Sejak PKP ni asyik makan macam-macam.Setiap beberapa hari mesti beli stock jajan kat budak-budak ni.


Aiskrim ni beli 2 kotak..sekotak bagi kat orang..dan sekotak lagi bawak blk rumah.


Tak mahal..1 kotak cuma RM24 ada 30pcs.Puas la diaorg makan nanti.

Berharap sangat 28/6/21 ni habislah total lockdown..dapat merentas daerah pun jadilah..boleh jugak kami ke pantai.


Sekotak ada 30 RM24 je sekotak

Sampai 2 kotak kami borong

Friday 11 June 2021

MPV - CHERY EASTAR UTK FAMILYKU

Alhamdulillah dah berjaya beli MPV utk keselesaan anak..

Post ni lambat buat ..al maklumlah sebelum PKP kerja banyak. memang tak sempat nak update blog. Selalunya update kat FB saje.

Tapi blog ni adalah tempat menyimpan kenangan jd merajinkan diri updateπŸ˜„

Kali ni nak cite pasal MPV- Chery Eastar yg dah dibeli pada 4/5/2021.

Selepas beberapa bulan kumpul duit akhirnya kami berjaya beli MPV cash iaitu Chery Eastar. Buat masa ni ..ini jelah MPV bajet yg mampu dibeli memandangkan  keadaan pandemik covid yang agak teruk dan sekarang nak kumpul duit yg banyak bukan lah perkara yg mudah.

Plan asal pada tahun 2020 nak beli Mitsubishi Grandis. Dah siap pegi tengok kat Penang. Masa OTW balik PKP 1.0 diumumkan..tak boleh kerja dan hanya duduk dirumah.

Terpaksa tangguhkan niat dengan harapan PKP cuma 2 minggu saje. Jadi bila dah tak keje takde gaji dan duit nak beli kete tu digunakan tampung perbelanjaan family selama hampir 3 bulan.

PKP berlarutan dan sehingga post ini ditulis dah lebih setahun PKP,PKPB,PKPP kemudian Total Lockdown... dan agak teruk jugak sebab nak kerja pun susah.

Tapi kami terpaksa juga beli MPV memandangkan kete perdana tu dah tak muat nak tampung ahli keluarga. Kena duduk berhimpit...kesian anak2 πŸ˜…
Dah la kami kaki berjalan..hehe

Walaupun ramai yg x suggest beli kete ni..tp kami yakin yang pilihan kami tepat..sbb Chery Eastar ni ada group owner dan sgt aktif membantu ahlinya..dan yg paling penting kereta cash tak nak hutang..(itu je bajet yg ade...)

Awal May, duit dah ada..terus tgk dan beli dari owner di Puchong. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan 4/5/21 kereta tu sah jadi milik kami sekeluarga...syukur..

Masa tgh que kat Puspakom sebelum proses tukar nama


Time PKP urusan Puspakom by appointment kena booking dulu

Settle Puspakom terus ke JPJ untuk pindah hak milik

Proses takvlama, lepas sama2 thumb print..dah boleh dapat geran

Dah settle ni gambar lps beberapa hari..
kat kedai cat bagi touch up sikit


Dah cat hitam grill..garang sikit..

so lepas ni tak payah nak sempit2 lagi..anak2 hepy sgt..next post aku akan review pasal kete ni pulak..kot-kot ada yang nak beli tapi takut macam kami dulu-dululah...πŸ˜†πŸ˜…


Wednesday 9 June 2021

AKTIVITI LOCKDOWN DIRUMAH- PKP 3.0

 TOTAL LOCKDOWN DISELURUH NEGARA MULA 1/6-14/6/21

Pada ketika ini kene berkurung kat rumah. Tak boleh nak keluar..kalau sebelum lockdown dulu masih boleh rentas daerah walaupun x boleh rentas negeri hidup masih okay..sebab takde lah bosan sangat anak-anak masihboleh keluar dari rumah..dan aktiviti kami pada weekend pegi ke pantai sekitar Kuala Selangor.

Mujur lepas PKP 1.0 iza and husband dah prepare beli maam-macam utk anak-anak..dah dapat agak yg PKPakan berlarutan sbb covid pun macam mudah merebak vaksin pun x settle lagi.


Aktiviti pkp 2.0 dan 3.0 waaupun x boleh keluarrumah tapi anak2 ada aktiviti nak dibuat selain dari buat homework.

Ini bilik boys..iza n husband beikan PS4 dan bagi TV 42inch
untuk main game

Ini cik Boss..aka Princess dlm rumah ni


Baru lepas mandi..ni time diaorg berdua baik sangat ni


Wish birthday mak thru video call saje

Masa ni order Steering utk diaorg main NFS.Syok sgt Danial dia yg beriya nak steering ni

Unboxing steering PXN..minta Logitech iza tak bagi..belajar dulu ye..
dah expert kita upgrade

PKP3.0 -SITUASI LOCKDOWN SG BULOH 6/6/21

6/6/21 ( AHAD)- PKP3.0 TOTAL LOCKDOWN

Harini keluar utk top up stock kat rumah. Last time beli 2 days before lockdown..hari ni terpaksa keluar sowe decided utk pegi SB MAll yg paling dekat dgn rumah.

Ini first time masuk mall since lockdown..masuk je hanya yg essential department shj yg beroperasi yg lain-lain semua kena tutup.

sunyi sepi macam kena serang zombi..

Tak tahulah bila semuanya akan berakhir..nak hidup bebas dan normal..

for now hanya boleh gerak dalam radius 10km dan muatan kereta takmelebihi 2 org. Anak-anak dah sebulan tak kemana-mana. Kesian sangat berkurung..tapi apa boeh buat.. 

Keadaan dalam SB Mall

Sepi...

Banyak kedai ditutup..


Keadaan sekitar speed mart..kedai-kedai bukan essential
tak dibenarkan beroperasi



Saturday 5 June 2021

PKP 3.0-TOTAL LOCKDOWN


 

Dah lama iza tak update blog..last update tahun 2020..masa covid.

Lepas setahun lebih dunia diserang covid harini masih lagi PKP. Seingat iza dah 5 bulan halangan rentas negeri berkuatkuasa..lama gile tak boleh kampung dan pegi bercuti..last bulan Januari iza travel kena Penang sebelum PKP semula pada 3/1/2021.


Seksa sangat bila keadaan macam ni. Tak boleh bekerja dan tak boleh nak travel. Kena duduk rumah je.


Sekarang hampir sama macam PKP tahun lepas, tapi penguatkuasaan agak lemah dan ramai org dah muak dan dah tak takut lagi dengan covid..sudahnya ramai org dah tak ikut SOP dan ke sana sini macam tak ada apa-apa.


Sehingga post harini iza dan family masih lagi berkurung kat dalam rumah..keluar hanya utk dapatkan bekalan makanan saje. Kedai semua tutup jadi kami hanya duduk rumah dengan sabar. Dengan harapan agar wabak ni cepat berlalu.




Thursday 2 April 2020

PKP FASA 2- 1 APRIL,2020- 14 APRIL, 2020


PKP FASA 1- 18 MAC- 31 MAC,2020

Hai semua..rasanya dah lama tak update blog. Busy sejak masuk ke tahun 2020 dn akhirnya hari ini selama 2 minggu diberikan cuti panjang. Sebelum ni asyik rasa nak nangis bila agaknya dapat cuti panjang tanpa gangguan client dan bos..akhirnya Allah makbulkan dengan cuti super panjang dan tanpa gangguan sesiapa.

Pertengahan Mac Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan which mean semua orang kena berkurung dirumah. Ya siapa sangka zaman sekarang ada perintah sebigini. Dah macam zaman dulu-dulu masa perang..semua kena berkurung. 

Situasi hampir sama di mana adanya belian panic..ramai org keluar membeli barangan keperluan secara banyak.

Sumber: KKM

Sumber: KKM


FASA PERTAMA PKP 18 MAC-31 MAC,2020


Antara larangan pada Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1

Pada 16/3/2020 lebih kurang 10 malam. Perdana Menteri umumkan untuk buat Kawalan Pergerakan yang semua tak dapat nak bayangkan macam manan kejadiannya. 

Kami pulak ada kat kampung.Masa ni awal cuti sekolah. Aku dengar berita dari dalam kereta otw balik ke Sungkai. Masa ni tengok kereta Grandis kat Penang nak beli.

Kami decided nak stay je kat kampung sebab ingatkan tempoh kawalan hanya 14 hari sahaja. Jadi lebih selamat ada di kampung sebab ada ruang yang luas untuk anak-anak bermain berbanding kami kat rumah. Boleh bayangkan kena kurung tanpa keluar rumah..seksa..

Untuk pertama kalinya kami melihat keadaan PKP berlaku di Malaysia. Tak ketinggalan pada 17/3/2020 kami pun buat Panic buy jugak..hehehe..tak panic sangat la penuh setroli je..sampai semua org pandang..

Sepanjang 14 hari PKP Fasa Pertama..menghitung hari nak habis..tak sampai seminggu our PM umumkan sekali lagi tempoh dipanjangkan ke Fasa 2. Alamak..kena hadap lagi 14 hari..kami masih decided utk stay kat kampung..tunggu apa nak jadi...

Ramai juga yang dah terputus bekalan makanan,bisnes pula ada yang dah tutup, ada yang masih bertahan. Keadaan semasa Covid-19 adalah yang terburuk. Banyak pihak yang terkesan.


Status setakat 31/3/2020



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...