Friday, 30 July 2021
Monday, 26 July 2021
MESIN BASUH ROSAK MASA LOCKDOWN!!
ANAK-ANAK MENGAJI ONLINE MUSIM COVID NI..
Mengaji dalam bilik, harini first day |
Nau khusyuk mengaji |
Saturday, 17 July 2021
CARA MUDAH BUAT CHOCO JAR TAK PERLU CAIRKAN COKLAT- 5 SAAT SIAP!!!
Musim PKP macam-macam idea nak buat. Paling ketara semua nak makan je kerjanya. Kali ni kami buat choco jar. Kalau beli ready kat kedai mahal jadi kami buat sendiri.Mudah jeeee...Guna 2 bahan 5saat siap..boleh makan banyak kali sampai puasss...
Beryl's Chocolate ni memang ready made cair dah..tak perlu nak cairkan coklat bar lagi..dah siap2 cairboleh terus buat choco jar..atau boleh juga makan dengan roti pun sedap..
Selain tu boleh juga jd topping untuk kek..jd mudah dan cepat kalau tak leceh nak basuh bekas masa nak cairkan coklat tu..
Harga coklat beryl's tak silap dalam RM14.++ ( dah lupa) baby crunch pula tak sampai RM10 utk pek besar ( tak ingat harga sampai sekarang masih tak habis lagi )
Coklat tu dah ready made..senang buka dan terus tuang je pada mini coco crunch tu |
tadaaaaa dah siap..boleh makan dah |
Monday, 12 July 2021
KISAH MENCARI ILMU DIHUJUNG MINGGU
Kelas dengan Tuan Dzul mengajar FBads Retargetting |
Kelas dengan team takaful dari SEG- Great Eastern |
Tuesday, 6 July 2021
KISAH DARAH TINGGI NAIK
Monday, 28 June 2021
Thursday, 24 June 2021
MISI CANTIK-CANTIK PKP 3.0
Hari ke-24 PKP 3.0
Harini kami pegi SB Mall nak cari getah paip utk cuci balkoni.Anak-anak makan aiskrim sampai habis melekit balkoni.Paip pulak yak ada nak cuci susah nak kena angkut air.
Alang-alang dh smpai SB Mall singgah kejap kat Watson nak cari supplement..sebabnya bangun pagi selalu tak larat, badan rasa lemah.
Puas juga dok survey supplement apa nak makan.Selalunya ambik vit c flavette je..Kali ni nak try kitsui sebab bnyk review best pasal kitsui..jd kita try jelah..
Yg kitsui coco xslite tu utk en suami punya..dia nak sgt kurus kan perut..jd kita tgk apa akan jd lepas ambik tu nanti.
Selama ni x pernah kisah pasal penampilan..yelah..mana busy memanjang..fikir anak2 dan keluarga no 1 dulu..
Bila dah berumur ni baru nak kisah pasal kesihatan tu pun bila dah x boleh handle..badan asyik letih-letih je..
Akhirnya mengalah juga..manjakan diri utk kembali bertenaga,confident dan yg paling utama utk suami.
Update terbaru ..dh start guna skincare some by mi Snail Truecica..ramai cakap elok...selalu guna produk dari thailand & local je..kali ni try korea pulak
Tuesday, 22 June 2021
MISI CANTIKKAN DIRI SENDIRI
LOCKDOWN HARI KE 22
Semalam dh sampai produk order dari shopee. Ini first time nak try pil-pil atau ubat dari shopee.Selalu beli kat drug store je.
Masa PKP ni tak banyak kerja boleh buat. Jadi masa ni baru ada masa nak fikir diri sendiri. Baru ada masa nak shopping kat shopee.Kalau tak memang tak sempat.
Kadang-kadang barang add to cart tapi tak check out pun. Memang dasarkedekut untuk diri sendiri..
Bila dah umur makin meningkat dah macam-macam masalah. Jadi kena juga jaga diri sendiri. So, harini first day makan pil utk kulit. Nanti tgk kesannya lepas sebulan.
Jadi gambar di bawah simpan kat sini, lepas sebulan (22/7/2021) akan update semula perkembangan kulit..tgk menjadi ke tidak.
Gambar terkini 22/6/2021 Gambar terkini 6/7/2021 Ada beza sikit heheheh..tgk lagi cukup sebulan..jadi apa.. Gambar terkini 26/7/2021 |
Monday, 21 June 2021
HARI KE 21 TOTAL LOCKDOWN
Harini hari ke 21 "total lockdown"
Sebenarnya dah boring sesangat berkurung dan terperap kat rumah. Dah biasa berjalan sana sini..sekarang tak dapat nak bawak anak-anak keluar langsung sebabnya sop hnya benarkan 2 orang bagi 1 kereta.
Jadi anak-anak tak dapat naik kete..nanti kena saman kena RM2k pulak.Termasuk harini dah lebih sebulan berkurung bagi negeri Selangor sejak PKP 6/5/2021.
Harini beli aiskrim utk anak-anak.Sejak PKP ni asyik makan macam-macam.Setiap beberapa hari mesti beli stock jajan kat budak-budak ni.
Aiskrim ni beli 2 kotak..sekotak bagi kat orang..dan sekotak lagi bawak blk rumah.
Tak mahal..1 kotak cuma RM24 ada 30pcs.Puas la diaorg makan nanti.
Berharap sangat 28/6/21 ni habislah total lockdown..dapat merentas daerah pun jadilah..boleh jugak kami ke pantai.
Sekotak ada 30 RM24 je sekotak |
Sampai 2 kotak kami borong |
Friday, 11 June 2021
MPV - CHERY EASTAR UTK FAMILYKU
Masa tgh que kat Puspakom sebelum proses tukar nama |
Time PKP urusan Puspakom by appointment kena booking dulu |
Settle Puspakom terus ke JPJ untuk pindah hak milik |
Proses takvlama, lepas sama2 thumb print..dah boleh dapat geran |
Dah settle ni gambar lps beberapa hari.. kat kedai cat bagi touch up sikit |
Wednesday, 9 June 2021
AKTIVITI LOCKDOWN DIRUMAH- PKP 3.0
TOTAL LOCKDOWN DISELURUH NEGARA MULA 1/6-14/6/21
Pada ketika ini kene berkurung kat rumah. Tak boleh nak keluar..kalau sebelum lockdown dulu masih boleh rentas daerah walaupun x boleh rentas negeri hidup masih okay..sebab takde lah bosan sangat anak-anak masihboleh keluar dari rumah..dan aktiviti kami pada weekend pegi ke pantai sekitar Kuala Selangor.
Mujur lepas PKP 1.0 iza and husband dah prepare beli maam-macam utk anak-anak..dah dapat agak yg PKPakan berlarutan sbb covid pun macam mudah merebak vaksin pun x settle lagi.
Aktiviti pkp 2.0 dan 3.0 waaupun x boleh keluarrumah tapi anak2 ada aktiviti nak dibuat selain dari buat homework.
Ini bilik boys..iza n husband beikan PS4 dan bagi TV 42inch untuk main game |
Ini cik Boss..aka Princess dlm rumah ni |
Baru lepas mandi..ni time diaorg berdua baik sangat ni |
Wish birthday mak thru video call saje |
Masa ni order Steering utk diaorg main NFS.Syok sgt Danial dia yg beriya nak steering ni |
PKP3.0 -SITUASI LOCKDOWN SG BULOH 6/6/21
Keadaan dalam SB Mall |
Banyak kedai ditutup.. |
Keadaan sekitar speed mart..kedai-kedai bukan essential tak dibenarkan beroperasi |
Saturday, 5 June 2021
PKP 3.0-TOTAL LOCKDOWN
Dah lama iza tak update blog..last update tahun 2020..masa covid.
Lepas setahun lebih dunia diserang covid harini masih lagi PKP. Seingat iza dah 5 bulan halangan rentas negeri berkuatkuasa..lama gile tak boleh kampung dan pegi bercuti..last bulan Januari iza travel kena Penang sebelum PKP semula pada 3/1/2021.
Seksa sangat bila keadaan macam ni. Tak boleh bekerja dan tak boleh nak travel. Kena duduk rumah je.
Sekarang hampir sama macam PKP tahun lepas, tapi penguatkuasaan agak lemah dan ramai org dah muak dan dah tak takut lagi dengan covid..sudahnya ramai org dah tak ikut SOP dan ke sana sini macam tak ada apa-apa.
Sehingga post harini iza dan family masih lagi berkurung kat dalam rumah..keluar hanya utk dapatkan bekalan makanan saje. Kedai semua tutup jadi kami hanya duduk rumah dengan sabar. Dengan harapan agar wabak ni cepat berlalu.