Sunday, 25 October 2015

Sumber Modal dari Amanah Ikhtiar Malaysia


Ini cerita tentang Amanah Ikhtiar Malaysia...pada mulanya saya agak skeptikal dengan program AIM...walaupun mak saya cakap AIM sangat bagus dalam membantu sahabat di bawah AIM..bagi saya pulak ianya menyusahkan sebab nak kene datang meeting setiap minggu...lagi pulak bagi saya tak sesuai dengan saya...>>masa tu tinggi betul ego...

Akhirnya setelah Allah memberikan ujian kepada saya...saya mula nampak AIM boleh bantu...eh..tetiba pulak...ye..tiba-tiba sahaja tuhan buka hati saya....
Bukan suka-suka nak pinjam duit dan enjoy....

Pengalaman saya dalam menguruskan pinjaman customer..dah 8 tahun...saya dapat belajar...duit pinjaman bukan untuk enjoy...walaupun tujuan utama orang ambik loan sebab nak selesaikan masalah hutang yang bertapuk...berbeza dengan saya...saya terbuka hati nak ambil loan bukan untuk saya enjoy atau cover hutang lama...sebab saya nampak AIM ni boleh bantu saya selesaikan MASALAH UTAMA saya apabila saya nak berniaga iaitu MODAL....

ye...memang modal bukan masalah utama untuk berniaga TETAPI untuk biz terus berkembang saya perlukan dana atau sumber2 untuk biz saya terus survive...dan daripada situlah dapat idea nak join AIM sebabnya:-

- AIM PEMBERI DANA YANG MUDAH >> TANPA PENJAMIN,CAGARAN
- PROSES TAK SUSAH
- AMAUN SEMAKIN TINGGI SEKIRANYA BAYARAN BALIK CANTIK DAN KEHADIRAN TIP TOP.

Dan saya..
Boleh rancang perjalanan biz saya...seiring dengan target dana yang akan diberi oleh AIM nanti...

Sekarang saya dalam proses masuk kelas 3 hari untuk belajar tentang AIM...lepas 3 hari ni saya dah boleh bentangkan saya punya projek untuk dapatkan kelulusan Sahabat,Pegawai Amanah dan Pengurus Cawangan AIM.First loan ni RM5000...dengan duit ni saya akan gunakan untuk Langkah pertama saya...untuk mencari dan gali ilmu di IMKK,Klinik Usahawan dan Kursus Asas Coklat pada November dan Disember 2015 ni..

Harapnya semua berjalan dengan lancar...Amin...





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...